CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Isnin, 27 September 2010

Hospital Oh Hospital............

Hari ni 27hb Sept....... aku kena pergi ke Hospital Klang untuk chek-up..... kali terakhir aku pi Hospital pada April......

Memasuki perkarangan Hospital.... biasa la susah dapat parking..... dua kali aku round untuk cari parking.... tak dapat....pilihan akhir ialah parking kat atas bumbung.... bukannya apa, aku gayat kalau parking kat atas bumbung ni.... heeeeeeeeeeeeee............

Sampai di Klinik Perubatan, jam menunjukkn 930am.... seperti biasa, aku meletakkan kad klinik ku didalam bakul..... dan duduk, menunggu nama di panggil....... selang lapan minit... namaku dipanggil......wahhh cepatnya aku dipanggil.... aku berkata sendirian.... heeeeeeeeeeee..... sampai saja aku dikaunter, jururawat tu berkata, Siti Fatimah,awak kena ambil nombor di tingkat bawah dulu...... oooo dah tukar peraturan rupanya.... aku dengan tak banyak tanya pun turun la balik ke tingkat bawah untuk dapatkan nombor giliran....... untuk dapatkan nombor giliran tak lama sangat cuma mengambil masa 5 minit saja.........

Selesai mendapatkan nombor giliran, aku pun naik balik ke tingkat 1, dan meletakkan kembali kad berserta nombor giliran...ke dalam bakul......selang 10minit namaku dipanggil lagi..... dengan cepatnya aku pun pergi la ke kaunter..... jururawat yang memanggil namaku berkata, Cik, mana dia resit pembayaran ni??? resit tu kena lampir sekali dengan nombor giliran...... aku berkata, mana ada resit, saya tak bayar lagi pun..... Jururawat tu berkata lagi.... Cik kena pergi bawah dan bayar kat kaunter pembayaran.... resit pembayaran tu yang kena lampiran dengan nombor giliran.....
Dengan sepontan aku berkata, laaa kenapa tak cakap awal-awal??? tadi saya dah turun puan tak cakap pun..... dan saya kena turun lagi...... buang masa tau????

Aku pun tak tau sejak bila dia orang ni tukar peraturan..... kalau dulu-dulu, ambil nombor giliran dan bayar, sekali dia orang buat kat kaunter yang sama....kali ni??? dah tukar pulak???? siapa yang harus disalahkan????... Aku memang tak tau pun kena buat camni.... kalau aku tau.... aku ambil nombor dan bayar sekali kat tingkat bawah lepas tu baru naik tangkat 1........ ni???? kerja yang boleh dibuat sekali dah kena buat dua kali...hisssssssssss....... gerammmmmmm..... aku bukannya apa... aku janji kat headku yang aku akan masuk ofis,kalau settel awal..... tapi nampaknya macam tak boleh settle awallllll.......


Jam 1150am nombor giliran yang dipanggil ialah 8078... nombor giliranku??? 8116.....
berapa lama lagi la aku ni kena tunggu????.... memandangkan nombor giliranku agak lama lagi nak dipanggil dan aku pasti yang aku takkan sempat masuk ofis.... aku pun call la headku untuk memberitahunya yang aku tak sempat masuk ofis....

Jam 130pm, nombor giliranku dipanggil, rasa lega sikit..... walaupun aku rasa lapar tahap gaban pada ketika itu........

Memasuki bilik doctor, kelihatan doctor lelaki berbangsa Cina.... peramah... so, tenang sikit hatiku.... dia buat chek-up seperti biasa.... tiba-tiba, boleh dia kata report untuk 24 jam urine testku hilang..... jururawat yang duduk sebelah doctor,menyampuk.... dalam computer data pun dah hilang...... ahaaaa hilang???? aku pun berkata so, macamnana????..... Doctor tu, kata aku kena buat sekali lagi..... dan aku berkata tak nak!!!! sebabnya... takkan aku nak buang masa lagi.... itu bukan salah aku..... dan kenapa pulak data boleh hilang???? aduhhh macam-macam........ dan yang penting memang aku tak nak buat lagi.... buang masa dan tenaga saja.....

Selepas mendapatkan tarikah yang baru untuk chek-up yang akan datang, aku pun pergi ke farmasi untuk mengambil ubat....... nombor giliran farmasi 5225 dan jam menunjukkn 150pm...... saat ni tahap kelaparanku, tuhan saja yang tau......

Selesai mengambil ubat aku terus balik, sebelum tu singgah dulu tapau makannan....

ZAMAN-ZAMAN CANGGIH CAMNI PUN DATA DALAM COMPUTER BOLEH HILANG.... MACAM-MACAM....

Khamis, 16 September 2010

Reunion Ex-Agaseh 1992-1993... 160910



16hb Sept 2010.... reunion Ex-Agaseh 92-93.... perjumpaan diadakan di hotel Grace Lahad datu......

Tengah aku bersiap-siap... tiba-tiba handphoneku berbunyi..... tertera nama Zai di skrin...... lalu aku menjawap didahulu salam........

Pada mulanya memang aku nak pergi sendiri.... sebabnya aku dah pinjam kereta adikku....tapi dengan murah hatinya Zai nak datang menjemput aku...... ok jak tu.... aku sukaaaaa.......memang aku malas nak drive.... susah dapat parking nanti.... heeeeeeeeeeeee......

Reunion bermula pada jam 12pm hingga 4pm........ aku dan Zai sampai di hotel jam 1210pm...... memasuki bilik perjumpaan.... dah ada beberapa rakan yang menunggu....antaranya..... Amrata,Irebeh,Zainabiah,Farha dan Tang...... yang lain tak sampai lagi......

Jam melepasi satu tengah hari baru la semua dapat berkumpul..... walaupun tak ramai yang datang tetapi tetap meriah........ kami yang dapat menghadirkan diri ialah..... Tietin,Zai,Irebeh,Amrata,Zainabiah,Hanim,Nurul,Atika(Helen),Lela Hamsirazi,Kung Yen Li,Ain Nash,Ordoja,Leyana,Rizal,Abbas,Madi dan Tang....

Oleh kerana dah terlalu lama tak jumpa..... 18 tahun tu...... maka banyak lah cerita .... sehinggakan karaoke pun kami dah tak layan.... siap kami matikan lagi lagu-lagu yang berkumandang..... tak mau ada gangguan..... heeeeeeeeeeee.........

Asyik bersembang sampai masa berlalu..... tapi sempat juga la kami bergambar dan membuat cabutan bertuah..... aku agak bernasib baik sebab aku dapat hamper.... heeeeeeeeeeee......

Selesai Reunion... bersambung beraya pulak..... rumah pertama yang kami lawati.... rumah ofismate si Zai, lepas tu rumah Setiawaty dan lepas tu rumah Atika..... beraya sakan kami hari ni..... dah terlalu lama aku tak beraya macam ni..... biasanya, aku hanya pi rumah pakcik dan makcik saja.... tapi hari ni...... raya sakan dan kenyang tahap gaban la..... heeeeeeeeeeeeee...

Aktiviti aku bukan setakat itu saja..... aku bersambung beraya di rumah sepupu di Kem PGA.....yang ni kena pergi juga sebab dah janji.....

Penat sangat-sangat..... tapi seronok.......

DAPAT CENDERAHATI MAG DAN PEN KENANG-KENANGAN DARI REUNION.....

THANKSSS PADA GENG BAS SKUL YANG HADIR.... INSYALLAH TAHUN DEPAN KITA JUMPA LAGI...
BERGAMBAR DI HALAMAN RUMAH SETIAWATY

Isnin, 13 September 2010

Adikku c Neneng Kawin.... lalalalalala....





Penat semalam tak hilang lagi..... sebab semalam busy membuat persediaan apa yag patut.... hari ni 13hb Sept 2010.... majlis perkawinan adikku Neneng dengan tunangnya Hamzani.... dia orang bertunang setahun yang lalu.... dan hari ini, adalah harinya..... lalalalalala....

Aku bangun tidur awal sangat-sangat... sebabnya kerusi meja tak kemas lagi.... meja tak letak cover lagi..... pada mulanya nak siapkan semalam.... tapi hujan lebat siap dengan ribut lagi.... so, tertanggu la pagi ni......

Siap kerjaku..... nasib baik banyak ramai yang tolong..... so, cepat lah selesai..... heeeeeeeeeeeeee........

Dalam lingkungan jam 10am.... pihak lelaki datang bertandang...... ramai ooooo......
Alhamdulliah...... semuanya berjalan dengan lancar..... akad nikah sekali lafaz saja....... maka sah lah... adikku menjadi isteri orang........

Punya lah ramai tetamu...... sebenarnya majlis bermula sejak jam930am sampai 7pm... tapi tetamu yang datang bertandang sampai jam 9pm.... Terima kasih semua.....

Semua keluarga happy..... pengantin bersanding dengan happynya.......
Tidak ketinggalan gambar yang wajib dirakam untuk kenang-kenangan.......
pelbagai gelagat di rakamkan sebagai kenang-kenangan.....

Terima kasih kepada semua sanak-saudara,sepupu sepapat,anak-anak buah,jiran-jiran,penduduk Kg.desa Bajau yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis perkahwinan si Nenenag dan Hamzani...

Terima kasih juga untuk sepupuku Alawi yang menjadi tukang gambar pada majlis tersebut..... cantik-cantik gambar yang dirakamkan....


TERIMA KASIH YANG TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG MENJADIKAN MAJLIS PERKAHWINAN ADIKKU BERJALAN DENGAN LANCAR......

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya 2010........





Hari ini, hari raya pertama 19hb Sept 2010..... seperti biasa aku awal bangun.... aku tak sembahyang raya sebabnya aku cuti...... lalalalala......

Selesai sembahyang raya kami adik beradik saling bermaaf-maafan.... huhuhuhuhu....

Aktivit hari raya pertama di pagi hari setiap tahun sejak 11 tahun yang lalu ialah menziarahi pusara ayahanda yang tercinta.....sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga....... aktiviti ini adalah wajib..... cuma tahun ini berbeza sedikit, kerana kami ada orang baru dalam keluarga kami.... Zura, wife adikku Jali buat pertama kalinya, menziarahinya.....

Seperti biasa juga la... aku akan terjumpa kawan sekolahku dikawasan ini.... siapa??? Saedah lah..... sebab dia pun datang menziarahi pusara ayahandanya.... kami akan berkongsi aktiviti..... heeeeeeeeeeeee.......

Selesai di pusara.... kami balik rumah.......

Tetamu pertama di pagi raya pertama.... biasalah kanak-kanak....... bukannya nak makan dan minum.... dia orang hanya nak duit raya.... budak-budak biasa lah tu....

Busy melayan tetamu..... dan puas.....

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.....

Rabu, 8 September 2010

Balik kampung.... lalalalalala......

Hari ni 8hb sept 2010, aku balik kamung untuk beraya.... Flight jam 720am.... hati dah tak sabar......... Hari ni aku balik dengan Kent, Razle,Jali dan Zura....

Sampai di airport jam 430am... sebelum chek in aku dan Razle pi sahur dulu kat Merrybrown LCCt.....yang lain dah sahur......

Proses chek in berjalan dengan lancar...

Lepas chek in kami terus bording...

semua proses berjalan dengan lancar sehingga la kapal berlepas.....
destinasi yang dituju ialah Sandakan, Sabah.......

Ini adalah pertama kali aku balik Sabah melalui Sandakan....ini disebabkan banyak sangat barang yang kami bawa balik untuk adikku yang bakal berkawin pada 13hb sept nanti...

Sampai di airport Sandakan Jam 10am.....proses mengambil barang selama setengah jam..... selesai mengumpul barang kami pun keluar la dari airport.......

Tapi orang yang menjemput kami tak ada.... tak kelihatan.......
Kami cuba call.... C Bags... abang ipar kami.... on the away katanya.... jem... ada kemalangan.....

Semangat yang berkobar-kobar nak sampai awal di rumah mula hilang...... hampa.....

Lama juga kami tungg.... dalam satu setengah jam..... nak buat camana??? kena tunggu jak sebab dia orang saja yang datang jemput kami.... Bags dan Fauziah bersama Boboy, mira dan si Kaling.....mereka datang dengan dua kenderaan.... van dan viva....

Perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu mengambil masa selama dua jam lebih..... sepanjang perjalanan banyak orang menjual hasil dusun masing-masing di tepi-tepi jalan seperti rambutan,langsat,dulu manggis dan lain-lain.... ini permandangan biasa jika musim buah-buahan sepanjang perjalanan dari Sandakan ke Lahad datu......

Sampai di rumah pada jam 230pm..... letih sangat-sangat..... tapi tak dapat rehat sebab melayan keluarga.... berborak sampai ke petang........
Alhamdulliah..... sampai juga kami di rumah.......

Perjalan yang lancar........

LETIH SANGAT-SANGAT.......