CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Khamis, 10 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.....

Hikayat Merong Mahawangsa, filem epik Malaysia yang pertama.... aku memang dah lama tunggu hari tayangannya....memang aku dah tak sabar....so, malam ni hari pertama tayangan di seluruh Malaysia iaitu jam 845pm...aku menontonnya bersama adik-adikku... tiket dibeli sejak jam 2pm...heeeeeeee.... takut beli lambat tak dapt set pulak....

Tak rugi membeli tiket yang berharga rm11... sebab, filem Hikayat Merong Mahawangsa yang dihasilkan oleh KRU... arahan Yusry Abdul Halim ini.... memang terbaikkkk....penuh aksi yang mendebarkan...pengisian cerita yang menarik....walaupun cerita aksi tapi ada juga diselitkan adegan yang lucu dari dayang Tuan Puteri China.... adegan yang agak sedih bagi aku...apabila... Laksamana China yang dah cedera dan memohon maaf dan mengatakan kematiannya akan menjadi hadiah perkahwinan antara Putera Rome dan Tuan Puteri China... huhuhuhuhuhu......

Pertama kali aku tengok filem melayu yang macam filem negara luar... macam filem orang puteh la..... sungguh berbangga menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.... sebabnya ia dihasilkan oleh anak Malaysia... sebab?? saya anak Malaysiaaaaaa......

Tahniah untuk KRU team... Syabas untuk Yusry Abdul Halim... semoga terus menghasilkan filem-filem yang menarik dan lain dari yang lain....



PADA SESIAPA YANG BELUM TENGOK?? PI LA TENGOK MEMANG BERBALOI-BALOI....

Khamis, 3 Mac 2011

KL Hop-On Hop-Off....


Aku memang dah lama dengar akan bus KL Hop-On Hop-Off.... bus ni akan membawa pelancong round satu Kuala Lumpur..... aku dah pasang angan-angan akan menaiki bus tersebut apabila ada masa.... suatu hari nanti.... heeeeeeee....

Dan kebetulan pulak minggu lepas dua sahabaku datang dari Sabah untuk bercuti kat KL....dia orang suruh aku buat plan semasa dia orang di KL nanti.... idea pertama yang sempat aku fikirkan ialah menaiki bus KL Hop-On Hop-Off.... heeeeeeeeeeee.....aku telah inform dua lagi sahabatku yang berada di tanah semenanjung ni untuk berjumpa di KL Sentral... so, berlima la kami....

Kami menaiki bus tersebut agak lambat iaitu pada jam 11 lebih pagi la... disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan....heeeeeeeeee.....

Harga tiket bagi warganegara Malaysia rm19... tapi kena tinjuk IC la masa nak beli tiket tu... tiket boleh dibeli di dalam bus... dan boleh digunakan selama 24jam... yang penting tiket jangan hilangkan... sebab, penumpang kena menujukkkan tiket setiap kali menaiki bus selepas melawat distinasi yang dikunjungi.... so kalau tiket hilang??? kena beli baru la.. hahahahaha....

Memandangkan kami tak mempunyai masa yang banyak... kami hanya singgah di beberapa distinasi saja... distinasi yang lain??? kami tak singgah....


Bus Hop-On Hop-off akan singgah di dua puluh dua distinasi.... bermula jam 830pagi sehingga jam 830malam... setiap 30minit bus kan singgah mengambil dan menurunkan pelancong distinasi yang dilawati.....memang seronok... dan harga tiket berpatutan. Bukan setakat melawat tempat-tempat yang menarik di KL bahkan boleh shopping lagi..


Distinasi terakhir kami pada hari tu ialah KLCC... tangkap gambar kejap... kami pun bersurai...
TAK PUAS SEBENARNYA... TAK APA LAIN KALI NAIK LAGI....

I-City Shah Alam Dan Dua Sahabatku.....

Balik saja dari LCCT airport menjemput dua sahabatku yang datng dari Sabah untuk bercuti... aku terus ajak dia orang ke I-City Shah Alam... sebelum ke sana kami singgah dulu di Klinik... sebab seorang sahabatku ni.. tak sihat.. demam dan selsema.....

Selesai parking kereta, kami cari restoran untuk makan... menu ok dan harga berpatutan....

Berjalan kaki mengelilingi kawasan I-City yang dipenuhi oleh lampu berwarna-warni....pokok-pokok yang dipenuhi cahaya.... memang cantik....bermacam-macam jenis replika binatang yang terdapat disini.... memasuki kawasan I-City........setiap satu kenderaan akan dikenakan bayaran sebanyak rm10.. ok lah.....

Kami hanya mengambil masa sejam lebih di dalam kawasan I-City... sebabnya penat dan kami kena balik untuk rehat....


ADA MASA KAMI DATANG LAGI....

Koc Merah Jambu KTM.....

Minggu lepas aku berkesempatan lagi menaiki KTM dari Klang ke KL Sentral..... biasa lah.. aku sebagai pemandu pelancong... hahahahaha.... kebetulan dua orang sahabat baikku dari Sabah datang KL bercuti... aku pun sengaja la bawa dia orang naik KTM dari Klang ke KL Sentral... yang sebenar-benarnya bukan senjaga... heeeee... aku ni walaupun dah bertahun duduk Klang memang tak berani la pandu kereta ke KL.... tak tahu jalan dan takut sesat... alasan munasabah kan??? lalalala.... dan, aku sendiri kalau nak shopping kat KL memang aku naik public transport....

Sambung cerita pasal dua sahabatku ni.... aku memang dah inform dia orang... yang kami akan berdiri di garisan warna pink dan garabak yang akan kami naiki berwarna pink.... yang mana garabak ni khas untuk wanita saja... so, tak payah risau......

Tiba saja keretapi kami pun naikla....selesai mengambil temapt duduk masing-masing boleh pulak ada penumpang lelaki??....dua sahabatku ni.. pelik melihat.... sebabnya penumpang lelaki ni macam buat tak tahu saja... buat-buat tak nampak lah yang kebanyakan penumpang dalan garabak tu wanita....aku pun berbisik la kat dua sahabatku ni...MEMANG BANYAK JUGA KES MACAM NI,KES YANG TAK FAHAM BAHASA DAN PENTINGKN DIRI SENDIRI.... dua sahabatku ni hanya geleng-geleng kepala.....

Aku pun tak faham la... kenapa arahan yang simple macam tu dia orang(lelaki) boleh tak faham... sedangkan pengasingan garabak atau garabak khas untuk wanita dah lama dilancarkan... kenapa la lelaki-lelaki ni masih tak faham( bukan semua lelaki ya... hanya segelintir)....

Dan setiap destinasi yang KTM singgahi mesti ada saja lelaki yang memasuki garabak wanita... pelik lah dia orang ni......


KTM KENA BAGI DENDA KAT LELAKI-LELAKI YANG NAIK GARABAK WANITA...