CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Ahad, 30 Januari 2011

Balik Kampung.......... lalalalala.....


Sudah menjadi kebiasaan aku ni... kalau nak balik kampung, malam sebelumnya mesti tak dapt tido lena.... heeeeeeee....

Adikku Jali dan wifenya yang hantar aku ke LCCT airport.... happynyaaaaaaaaaa....
Lcct airport agak busy juga, sebab ramai orang nak balik kampung, almaklumla nak raya cina..... yang berbangsa cina mesti balik sebab nak sambut raya dia orang.... yang lain-lain termasuk aku, ambil la kesempatan balik kampung sebab company cuti panjang... heeeeeeeeeeee...... cuti gaji jalan.... hahahahaha... sukanyaaaaa...

Flight aku, tak delay...bertolak seperti yang telah dijadualkan... Alhamdullilah aku sampai di airport Tawau jam 1010am....... Shafiq dan abahnya serta Asmadi, yang ni pakat cucu aku la.... hahahahaha... dia orang yang datang jemput aku di airport....

Kami sampai di rumah dalam linkungan jam 1240pm.......
Yahoooooooooo sampai juga aku di rumah di Desa Bajau Lahad Datu.... lalalala....

HARI PERTAMA KAT RUMAH DAH MAKAN MAKANAN YANG SEDAP.... NAIK LA LAGI LA BERAT BADANKU... HMMMMMMMMM.....

Sabtu, 29 Januari 2011

Cuti Balik Kampung....


Cuti lagi... kali ni cuti sempena Tahun Baru Cina.... tempat kerja akan bercuti selama seminggu.... yahoooooooo........

Memandangkan dah dapat cuti panjang... aku pun menyempat la balik kampung... ya aku akan balik kampunggggggg.....

Kampung Desa Bajau, Lahad Datu, Sabah... cantik kan nama kampung saya???

Beberapa plan telah di rancang.... Insyallah.... kalau tiada halangan plan akan dilaksanakan seperti apa yang telah dirancangkan.... lalalalalala....

Happy sangat coz balik kampung lagi.......

Rindu keluarga

Rindu sanak saudara

Rindu kawan-kawan

Rindu kampung

Rindu Lahad Datu

Rindu serindu-rindunya....

LAHAD DATU....... LAHAD DATU........ LAHAD DATU....

Isnin, 17 Januari 2011

Lupa... Sorry.......


Aku punya la 100% pasti yang temujanji aku dengan doktor minggu depan 24 Jan 2011..... sejak 3 minggu ni aku dah set dalam handphone dan, aku dah bagitahu kat headku bahawa 24 Jan 2011 bersamaan hari Isnin yang aku akan ambik cuti.........alasan cuti ialah nak jumpa doktor... fullstop.... titik.

Masa nak ambik duit dari wallet untuk bayar lunch... dah di takdirkan agaknya.... tiba-tiba kad temujanji terjatuh dari dalam wallet..... aku pun dengan tak sengaja terpandanglah date-date yang telah dicatatkan didalam kad tersebut...... date terakhir yang telah dicatat ialah 17 Jan 2011..... 17 Jan ???????.... bukan ke hari ni 17 Jan 2011???... aku tak puas hati..... siap tengok 3 kelender lagi untuk memastikannya..... memang sah.... hari ni 17 Jan 2011..... dan hari ni sepatutnya 830am aku ada temujanji dengan doktor..... tapi sekarang ni dah jam 1pm dan aku sedang kerjaaaaa..... aduhhhhhhhh..... arghhhhhhhhhh....... apa kena dengan aku ni??? aku dah pelupa ke???? tak pernah-pernah aku lupa akan temujanji dengan doktor...... dah masuk tahun ke3, aku berurusan dengan doktor.... dan ini adalah kali pertama aku terlupa....... kenapa ya???? dan kenapa aku ingatkan temujanjiku itu pada 24 Jan 2011????? aku salah tengok ke????? tak ada pun yang istimewa pada date tu....... hmmmmmmmmmmmmm............. aku macam tak percaya.... yang aku lupa.... hmmmmmmmmmmmm........

Untuk memastikan status temujanji aku.... aku pun call hospital.... lama juga aku tunggu dalam talian, baru panggilan ku dijawab..... aku pun nyatakan lah masalahku..... pihak hospital kata, aku kena datang hospital untuk dapatkan date baru.... aku tak boleh datang sesuka hati tanpa date yang telah ditetapkan oleh pihak hospital..... tak semestinya masa aku datang dapatkan date tu.... aku terus jumpa doktor...... aku datang hanya untuk dapatkan date baru semata-mata.... fullstop.


Nampaknya memang aku tak ada pilihan lain.... aku kena ikut juga arahan pihak hospital...... yang pasti aku kena ambik cuti halfday untuk pi hospital, bagi mendapatkan date yang terbaru...... bila??? tak tahu lagi.......
Sedih dan frust aku, atas apa yang berlaku pada hari ni...... huhuhuhuhu......

BERLAJAR DARI KESILAPAN DIRI SENDIRI..... AKU DAH PELUPA KE????? TIDAKKKKKKKKK...

Selasa, 11 Januari 2011

Kenapa Lagu 'TOLONG INGATKAN AKU' Jadi Juara AJL 25

Aku sendiri pun terkejut apabila lagu Ana Rafali...TOLONG INGATKAN AKU... dinobatkan juara pada AJL 25....... bukannya tak setuju atau tak meminati Ana Rafali....... ini mungkin disebabkan, aku dah buat pilihan sendiri pada AJL 25..... kalau bukan Faizal Tahir, aku pilih Yuna atau Faizal Tahir..... hahahahahaha........

Tapi kita kena tahu bahawa, para juri yang mengadili AJL 25 pada malam itu... bukan lah calang-calang orang.... orang-orang yang memang arif didalam bidang hiburan.... dan mempunyai pengalaman lama dan luas dalam bidang tersebut...... banyak aspek dan sudut yang mereka lihat...... tapi kita mengadili yang terbaik hanya pada artis yang kita minat atau suka.... sudut lain memang langsung kita tak tengok....... pada kita semuanya bagus... terbaik...... tapi memang pun semuanya terbaik.... kalau tak??? takkan lah dia orang layak ke final AJL kan????
Memang semua lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri..... cuma, Shahir... persembahan kurang memuaskan..... tenggelam........

So, untuk memuaskan hati aku sendiri..... aku cuba mencari kelainan lagu TOLONG INGATKAN AKU.... melalui lirik lagu nya......
Lirik yang baik... dan Ana Rafali memang kreatif.... bijak menghasilkan lirik yang seperti ini......... Anyway, Tahniah pada Ana Rafali kerana telah dinobatkan sebagai Juara AJL ke 25 ..... semoga dapat menghasilkan lagi banyak lagu-lagu yang baik di masa akan datang........

Pada sesiapa yang kurang setuju diatas kejuaraan lagu ini.... mari kita teliti setiap bait lirik lagu ini...... moga puas hati......

Lirik ~ TOLONG INGATKAN AKU ~ By Ana Rafali....


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




SUKA LAGU
'CINTA SEMPURNA'
BY YUNA......

Isnin, 10 Januari 2011

Al-Fatihah....

MySpace Layouts

Sesungguhnya dari Allah kita datang.... dan pada Allah kita akan kembali.... itu memang sudah pasti.... tiada seorang dari kita akan terkecuali.......

Petang tadi, masa balik dari kerja, tak sempat lagi aku tanggal kasut, adikku kent... mengkabarkan bahawa Pakcik Kisun telah kembali kerahmatullah jam 3pm tadi....... Al-fatihah.....

Aku memang tahu yang arwah tak sihat..... masa balik raya ari tu... tak berkesempatan nak jumpa dia , disebabkan kebusyan adikku kahwin.....

Arwah seangkatan dengan arwah Bapaku..... diantara orang-orang kuat yang mengwujudkan kampung Desa Bajau.......

Arwah yang sentiasa menberikan kami adik beradik semangat semasa arwah bapa kami kembali kerahmatullah.....masih aku ingat lagi, suatu pagi arwah datang ke rumah kami setelah 3 hari bapa kami pergi meninggalkan kami.... dia berkata, bahawa arwah bermimpi.... dalam mimpinya... arwah bapa kami datang padanya dengan seorang budak lelaki( arwah abang kami yang meninggal masa kecil).. dalam mimpinya.... arwah bapa kami berada dalam keadaan yang putih bersih, tersenyum dan sihat....... dan sejak pagi tu kami adik beradik dapat menerima kenyataan yang bapa kami telah tiada.......

Arwah seorang yang peramah, senang bergaul dengan siapa saja.....

Semoga arwah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.......

Al-fatihah.......

BERGENANG AIRMATA KU MENULIS CATATAN INI........

Ahad, 9 Januari 2011

Juara Lagu 25....


Awal-awal lagi aku masak untuk makan malam..... sebabnya nak tengok AJL ke25 yang berlangsung secara live di TV3... lalalalalala......
Nak tengok apa kelainan setelah AJL berusia 25 tahun pada tahun ini.....

Semua perserta memang hebat..... dan memang layak...........

Persembahan memang menarik...... susah untuk meramal......

Diantara persembahan yang menarik dan ada gimik ~ Hafiz - Noktah Cinta, Faizal Tahir - Selamat Malam dan Hanyut, A.P.I juga ada buat gimik... yang lain-lain tu gimik biasa aje... gimik yang dah pernah orang buat sebelum ini .........

Opening dan Closing performance pun tak kurang hebatnya.... memang menghiburkan... terbaikkkkkkk........

Tahniah pada semua pemenang :~

Juara Lagu - Tolong Ingatkan Aku ~ Ana Rafali

Tempat ke2 - Drama King ~ Meet Uncle Hussein

Tempat ke3 - Noktah Cinta ~ Hafiz

Persembahan Terbaik - Hanyut ~ Faizal Tahir

Vokal Terbaik - Noktah Cinta ~ Hafiz

Tahniah....tahniah.......
Keputusan pengadil adalah muktamad.... heeeeeeeeeeeee....
Pada yang tak menang tak apa... sebab anda semua memng terbaikkkkkkkkk


Tahniah kepada kru yang terlibat........

TAPI KENAPA MUKA KAK PAH LAIN MACAM AJE????

Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Tinggal Langkawi...



3 Jan 2011, hari terakhir kami di Langkawi.... malamnya jam 1040pm... flight kami balik Klang...... huhuhuhuhu......

Kami sengaja bangun lambat... sebabnya chek out jam 12pm........ plan hari terakhir di Langkawi ialah shopping di Bandar Kuah.... lalalalala.......

Sebelum bertolak ke Bandar Kuah, kami makan tengah hari dulu, selepas makan baru la kami beransur...... agak susah juga nak bayar parking kat Bandar Kuah ni..... notis untuk bayaran paking memang ada.... tapi mesin atau kaunter bayaran parkig tak ada pun??? ke hulu ke hilir kami cari untuk bayar parking..... ya la, takut juga kena saman, tempat orang, lagi pun kami guna kereta sewa.... tak nak burukan nama sendiri.... hahahahaha.....

Nasib Baik terjumpa ofis Majlis Perbandaran Bandar Kuah..... ingatkan kat situ la tempat bayar parking.... sekali????.... bukan lah..... kerani tu kata..... tiket bayaran parking boleh terdapat di agen-agen yang telah dilantik......... macam mana nak tahu agen-agen tu????... stiker MPBK ada dilekat dihadapan kedai.... kalau kedai ada stiker tersebut maka tiket parking boleh dibeli disitu..... 0.60sen sejam... rm4 sehari suntuk.....sabtu, ahad dan public holiday free... tak payah bayar parking.. hahahahhaha......

Selesai bayar parking untuk sehari suntuk, kami pun mula shopping.... lalalalalala..... tak lah shopping sangat.... hanya beli coklat dan sudu garfu saja.... hahahahaha.... itu saja la yang murah di Bandar Kuah ni.... heeeeeeeeeeee.... yang lain biasa aje.......

Jam 320pm, kami balik semula ke tempat kami menginap.... kami dah chek out.... so, lepak aje kat situ menghabiskan masa.... melihat-lihat pelancong berjemur sambil membaca buku..... seronok pulak.... panas-panas pun boleh membaca.....

Jam 6pm petang, kami makan malam dulu sebelum pi airport..... kami bertolak ke airport jam 730pm...... kereta sewa kena pulang balik sebelum jam 9pm......



Flight kami tak dealy..... flight on time..... seronok......
Flight terbang jam 1040.... sampai di LCCT jam 1140pm... lalalalala.....

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI... SWEET MEMORY... LALALALALALA....

Isnin, 3 Januari 2011

Senja Di Pantai Tengah, Langkawi


Memandangkan dah tak ada aktiviti petang ... so, kami pun lepak la kat pantai di hadapan resort tempat kami menginap... orang kata permandangan waktu senja kat Langkawi cantik...... kami pun tunggu la sambil memerhati orang ramai mandi laut....

Seronok tengok permandangan petang kat sini, ada yang naik banana bot dan naik jetski, mat salleh yang jogging pun ramai.. dan aku pun join dia orang mandi laut..... hahahahaha.....

Seronok oooooo mandi laut.... heeeeeeeeee.....


Selama 20 minit juga aku berendam dalam air laut....... senja dah nak beransur... kami balik bilik........ bersiap untuk makam malam..... perut dah lapar .....

MENU MAKAN MALAM SEAFOOD...

Cable Car Dan Tanjung Ruh, Langkawi


Sebelum pergi ke Cable Car... kami sarapan dahulu di satu gerai yang terletak berhampiran dengan tempat kami menginap....

Sampai di Cable car dalam jam 10am.... tak lah susah sangat cari tempat ni.... kami hanya berpandukan map saja...... tapi sikit rasa hampa sebabnya sampai saja di depan kaunter... staff tu cakap... tak boleh naik lagi.... kerana angin kuat..... kena tunggu.. tengok keadaan angin....... alamakkkk.... macamana ni??? kesian usu aku..... aku dan adikku kent tak apa la juga kalau tak dapat naik... sebab kami dah pernah naik... usuku firstime nak naik ni...... huhuhuhuhuhu......

Setengah jam juga kami tunggu, baru kaunter dibuka.... dan kami la orang yang pertama yang beli tiket.... hahahahaha.... naik Cable Car ni kena beratur.... so, kalau nak naik awal kena beli tiket awal.... dan paling penting boleh balik awal...heeeeeeeeeeeee.........


Cable Car ada 2 stesen.... kami tak turun di stesen pertama.... sebabnya kat stesen pertama ni permandangan kurang sikit... hahahahaha..... kami hanya turun di stesen kedua.... stesen kedua ni, adalah puncak yang tertinggi sekali..... permandangan kat sini memamg cantik..... tapi yang boleh kecut perut bila kami berjalan di jambatan besi.... jangan pandang bawah.... lagi kecut perut la....hahahahahaha..... kat jambatan ni kalau angin kuat... terasa jambatan tu bergoyang.... hahahahaha.... gayat ooooooo.......

Selesai tangkap gambar, kami pun turun bawah... plan seterusnya, tak tahu lagi nak pi mana......... sedang duduk santai, kami belek-belek la map.... nak tengaok mana tempat yang harus ditujui.... heeeeeeeeeeee.......


Setelah belek-belek map, kami setuju untuk pergi ke Tanjung Ruh....... tempatnya menarik... cantikkk.... kami tak lama kat Tanjung Ruh... sebabnya panas terik.......


Masa on the way nak balik Resort.... kami melalui perlabuhan yang menarik... tempat kapal-kapal persendirian berlabuh..... macam kat oversea pulak.... hahahahaha....


Sampai kat Resort jam 4pm..... letih sangat-sangat.... sampai aku tertidur........

LETIH SANGAT......

Ahad, 2 Januari 2011

Beras Terbakar,Makam Mahsuri Dan Dataran Helang


Penat dari Pulau tak hilang lagi..... tapi kami dah plan aktiviti yang seterusnya..... transport bukan menjadi masalah.... sebab si proton iswara sentiasa berkhidmat..... maka panjang la langkah kami...... hahahahahaha.....
Selesai saja bersiap... kami pi makan tengah hari dulu.... laparrrrrr......
Masa makan tu lah kami plan nak pi mana dulu.... dalam senarai ada 3... iaitu Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Dataran Helang........... bincang punya bincang.... berpandukan map yang ada... kami sepakat ke Beras Terbakar dulu...pas tu pi Makam Mahsuri dan yang last pi Dataran Helang... sebabnya Beras Terbakar dekat sikit dengan tempat kami menginap..... dan Makam Mahsuri dan Dataran Helang jauh sikit ..... kalau tengok map la.... hahahahhaha.....



Beras Terbakar, firstime aku sampai ke sini..... aku ingatkan besar la kawasannya... rupa-rupanya kecil aje.... seluas 3 parking kereta..... beras terbakar dah tak kelihatan... yang ada, hanya duit-duit syling yang orang-orang campak kedalam kawasan beras terbakar yang telah dipagar...... di kawasan berhampiran terletak sebuah rumah, dari keturunan orang besar yang menjadi ketua di kawasan tersebut pada zaman kegemilangannya.... keturunan yang keberapa??? aku tak pasti.....mungkin keturunan yang ke7 kot.... reka bentuk rumah lama, tapi perhiasan dalaman dah moden.... sebabnya rumah tersebut masih didiami oleh keturunan orang besar tersebut.... fakta yang menarik... sempat la juga kami bergambar ditangga rumah tersebut......... selesai di Beras terbakar kami pi Makan Mahsuri......


Makam Mahsuri.... second time aku datang tempat ni..... tak ada perubahan... sama aje..... tangkap gambar apa yang patut...... selesai di Makam Mahsuri... kami window shopping di gerai-gerai yang berhampiran...... dahaga sangat-sangat..... kami pun layan la cendol dan laksa..... yummmyyyyy.....

Ketika kami sampai di Dataran Helang dah petang...jam 430pm.... ramai juga orang di Dataran Helang ketika itu... busy bergambar semua... hahahahaha.....
Kami tak lama di Dataran Helang.... lepas tu kami pi ke Pantai Cenang... saja buang-buang masa......

Pantai Cenang, memang luas dan panjang pantainya... ya la... masa malam sambut new year tu tak berapa nampak gelap gelita.... hahahahahaha.... memang cantik.... ramai betul orang.... macam-macam ada.... hahahahahaha...

Penat round-round... kami tapau makanan untuk makan malam di resort..... so, masa untuk rehat.... lepak dalam bilik sambil tengok tv....heeeeeeeeeeee.......

BARU KU RASAKAN KEPENATANNYA.....

Sabtu, 1 Januari 2011

Tasik Dayang Bunting, Eagle Bay Dan Pantai Beras Basah..


Kami bangun awal pagi.... sebabnya... nak pi pulau...... jam 9 pagi kami dijemput dihadapan resort dengan menaiki van menujuh ke jeti.... aktivitinya ialah pergi ke Pulau Tasik Dayang Bunting,Eagle Bay dan Pantai Beras Basah.........

Jam 903am.... van datang menjemput kami... seramai 5 orang termasuk kami bertiga menaiki van tersebut terus menuju ke jeti..... sebelum itu, kami telah diberikan satu tag bagi memudahkan mereka mengenal kami sebagai satu group.....915am... group kami tak complete lagi..... kami bertiga pun menyempat la bersarapan dulu..... makan nasi lemak dan air nescafe untuk 3 orang rm14..... mahal kan???? hmmmmmmmmmmm.....



930am.... kami bertolak ke Tasik Dayang Bunting... seramai 11 orang menaiki satu bot... kami tiga beradik.... 2 pasangan pengantin baru dan 2 pasangan couple........
seronok ooooo naik bot.... lajuuuuuuu..... angin kuat lagi........ sampai di satu kawasan...bot berhenti dan pakcik bot tunjuk kat kami bukit bukau yang menyerupai perempuan mengandung yang sedang tidur........ memang betul... nampak serupa....

Tasik Dayang Bunting, kami diturunkan di situ selama 1 jam.....ramai orang tengah mandi......aku pun join lah sekali mandi manda selama sejam.... adik-adikku tak mandi.. takut sebab air dia gelap....hahahahaha.......

Distinasi kedua, Eagle Bay.... kat sini orang ramai bagi makan burung helang.... campak saja kulit ayam ke laut....pasti datang lah burung helang menyambar... seronokkkk.... tapi kami tak bawa kulit ayam pun....kami tengok orang aje yang bagi makan....hahahahahahaha..... kat sini, masa diperuntukkan hanya 20 minit.......

Distinasi ketiga, Pantai Beras Basah, tak tahu la kenapa dia orang panggil Pantai Beras Basah.... tak nampak pun beras basah..... heeeeeeeeeeeeee.......
yang menarik kat sini ialah pantainya... putih bersih.....cantik.... ramai orang mandi manda di sini.... aku dan adikku pun join sekali........ yang tengah picnic pun ada.......kat sini masa diperuntukan selama 1 jam..... tapi aku tak lah mandi selama sejam.... sebabnya matahari dah tinggi dan amat panas..... untuk menghabiskan masa selama sejam kami hanya lepak-lepak saja sambil tengok gelagat orang ramai.....



Tamat masa sejam... kami pun terus balik ke tanah besar.... baju saya yang basah kuyup dah kering bila kami samapi di resort...hahahahaha.....

Penat sangat-sangat.... kami rehat dulu sebelum makan tengah hari......

AKTIVITI PETANG... BERAS TERBAKAR,MAKAN MAHSURI DAN DATARAN HELANG....

New Year 2011 Di Langakwi.....


Sampai di airport Langkawi jam 9pm.... yessss.... landing akhir kami .....
Kami pun terus cari kereta untuk di sewa selama 3 malam dan 3 hari kat Langkawi ni....
Kami nak Kancil saja... sebab kami hanya 3 orang... lagi pun kancil sewa murah... sekali??? kancil dah abis di sewa oleh orang... yang tinggl hanya kereta-kereta mahal... takut juga nak sewa... takut lari badjet.... heeeeeeeeeeeee.......

Chek punya chek sekali ada sebuah proton iswara yang tinggal..... sewa mahal sikit dari kancil.... dah tak ada pilihan.... iswara pun isawra la yang penting boleh gerak dan boleh sampai ke destinasi yang kami tujui......

Selesai mambuat pembayaran penuh... kami pun terus ke Pantai Tengah.... kerana di sana la kami akan menginap selama 3 malam 3 hari.......... Charle Motel nama tempat kami menginap.....lalalalalala......

Alhamdulillah.... tempat penginapan kami senang di cari..... dan kami amat puas hati lah akan tempat tu..... tak la indah khabar dari rupa.... memang indah rupa seperti yang di khabarkan..... memang selesa lah......

Selesai saja kemas barang.... tukar baju.... kami pun terus pi Pantai Cenang... tak juah pun dekat saja... masa round-round tu, kami pun booking lah bot untuk ke Tasik dayang Bunting esok..rm25 seorang untuk 3 temapt... Tasik Dayang Bunting,Eagle Bay dan Pantai Beras Basah....murahkan???? pas tu cari gerai... lapar.....


Tapi memang meriah la kat Pantai Cenang... ramai betul orang..... sepanjang perjalanan kedengaran live band... tapi tak tahu belah mana.... maklumlah malam... kami tak tahu pantai belah mana kiri ke kanan ke??.. heeeeeeeeeeee......
Time makan-makan tu .. aku pun tanya la seorang akak tu... pantai belah mana???
Kat belakang ni aje...kata akak tu.....lah dekatnyaaaa......

Selesai makan, kami pun terus menuju jalan yang akak tu tunjuk..... tak sampai seminit kami menapak... dah nampak pantai...... dan lagu-lagu dari live band semakin kuat kedengaran........ mak oiiii.... ramainya orang kat pantai.... kat Pantai Cenang la tempat utama dia orang nak sambut new year 2011........ berbagai gelagat kami boleh nampak...... ada yang bentang tikar, bentang tuala ambil minum dan makan diterangi oleh lilin..... yang nenyalahkan tanglung pun ada..untuk dilepaskan di udara.... berbagai bangsa.... mat salleh,Jepun,India,Korea,Arab pun ada....... yang lain-lain tu....orang-orang Malaysia la.....
Artis malaysia pun ada............

Tepat 12 tengah malam...... Pantai Cenang meriah di terangi oleh percikan bunga api.... kiri kanan dan tengah terang benderang oleh picikan bunga api..... meriah sungguhhhhhhh..... siap dengan ungun api lagi.... best.....


Jam 130am... kami beransur balik ke resort.... penat dan gantuk.... sampai ke paking kereta..... ada pulak masalah.... kami lupa no plat kereta..... hahahahahaha..... kereta proton iswara warna biru gelap.... dekat situ ada dua kereta yang sama warna....dah lah kereta tu tak ada alarm.......kalau ada alarm senang lah sikit... arghhhhh......nasib baik la map yang kami ambik dari airport masih dalam kereta.... itu saja lah yang menyelamatkan kami.......heeeeeeee......

Letih yang amat.... balik bilik... mandi.... terus zzzzzzz....

HAPPY NEW YEAR 2011......