CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Khamis, 29 April 2010

Pink..

Berita baik untuk wanita-wanita terutamanya yang menggunakan KTM...semalam 28/04/10, KTM telah memperkenalkan Garabak Pink khas untuk wanita...pelancaran yang sangat bagus dan aku menyokong 100%...

Aku bukannya pengguna KTM setiap hari,tapi kadang-kala ada jak lah aku menggunakannya...terutama apabila ada keluargaku datang bercuti dari Sabah... aku akan menbawa mereka menaiki KTM dari Klang ke KL Sentral(sebelum pi ke KLCC) almaklum lah
tempatku tak ada KTM, jadi aku saja lah bawa mereka menaiki dan merasakan, bagaimana naik KTM...konon-kononnya aku jadi pemandu pelancong lah...(hihihihi)..

Perjalanan dari Klang ke KL Sentral,kami bolehlah duduk..tetapi apabila balik dari KL Sentral ke Klang,memang susah untuk mendapatkan tempat duduk...jawapnya berdiri lah sepanjang perjalanan...yang tak bestnya time ni...kita terpaksa berasak-asak dengan leleki...kiri,kanan,depan dan belakang semuanya lelaki...(rakyat asing pun ada)...memang tak selesa dan bermacam bau pun ada...tapi kira kami bernasib baik la sebab tak pernah terserempak dengan lelaki yang miang dalam KTM...

Langkah yang dibuat oleh KTM ini amatlah sesuai pada masa ini,dimana saban hari kita sering mendengar khabar yang kurang enak dari dalam KTM terutamanya dari wanita-wanita....dengan adanya Garabak Pink ini mereka berasak-asak pun dah tak kisah sebab semuanya wanita...kalau ada bau yang kurang enak pun x apa, mereka boleh tutup hidung..(hihihihi).. yang
penting tak kena raba oleh lelaki-lelaki yang miang....

Harus di ingat..Garabak Pink khas untuk wanita....dan jangan pulak ada lelaki yang salah masuk, terutamnya leleki yang berminat pada warna pink...jangan tak tahu ada jak lelaki yang berminat pada warna ini....

Semoga dengan adanya Garabak Pink ini dapatlah memberi keselesaan pada wanita dan selepas ini nanti tak ada lah perasaan
marah dan penat yang mereka rasakan...maksud saya...dah la berdiri sepanjang perjalanan lepas tu kena raba pulak.. takkah itu akan mendatangkan memarahan dan kepenatan...

Cuma wanita khasnya pengguna KTM,berhati-hati lah pada penyeluk-saku... kita semua harus ingat, sudah ramai kaum wanita yang menjadi penyeluk-saku.... memang dah tak ada lelaki yang meraba,tetapi penyeluk-saku ada lagi....

Hati-hati yee...

Sabtu, 24 April 2010

Suatu Pagi Di Pasar Pagi.....


Pagi tu aku terjaga, kerana terdengar sms masuk ke handphoneku.... adik iparku(zura) menghantar sms, dia dan suaminya Jali(adikku) on the way dari Cheras... Kita orang nak pi pasar pagi untuk beli ikan dan barang-barang apa yang patut...

Dah lama jak tak pi pasar pagi..dulu-dulu ada la...tapi dah lama sangat... bukan apa..malas nak bungun pagi... ini pun ada orang jemput jadi aku pun join sekali.....

Sampai kat pasar tu dah ramai orang... pelbagai jak ada sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak lagi la....

Aku hanya beli ikan saja...sebab semalan dah beli sayur dan ayam... aku beli ikan untuk stok seminggu... banyak beza harganya tau....kalau kat runcit dan market beza harga dalam rm3-4 jak cuma yang baiknya kat kedai runcit dan market dia orang siap siang..tapi kat cni tak...aku tak kisah yang penting murah(hihihi)...yang bestnya aku beli ikan cencaru sekilo rm2.50...murah tak?? murah gila...

Stok seminggu ikan yang aku beli berharga rm18++....murah kan????
So minggu ini x payah la aku beli ikan.... seronok kan??? save duit ckit dan masa..nti lepas balik kerja aje, aku terus masak, tak payah la singgah untuk beli ikan...hihihihi...

So kalau anda semua nak save belanja, rajin-rajinkan diri pi pasar pagi...
save duit dan boleh mengeluarkan peluh...hihihihi.....

Terima kasih pada Zura kerana belanja Apam Balik....sedap... dan untuk Fidah terima kasih jak sebab belanja Pisang.....rezeki pagi-pagi.....hihihihi....

SabtuKu Dan Plastik Bag..



Selepas aku memandikan kucingku Leele,(dia hanya mandi seminggu sekali) aku pun mula mengemas rumah...basuh pinggan-mangguk dan apa-apa la yang patut... cuma tak menyapu dan mop lantai...camana la aku nak buat... anak buahku tidur macam tak sedarkan diri kat ruang tamu...dia kerja shift malam,pagi tadi balik...aku biarkan dia tidur.....zzzzzz....

Berpeluh jak la mengemas rumah ni...lepas mengemas aku pun mandi dan bersiap nak pi market nak beli barang keperluan dapur....

Dah set dalam fikiran sebelun keluar rumah untuk beli barang standby papar bag....
mungkin masih ramai yamg tak tahu sudah banyak market yang mengamalkan "tiada plastik bag pada hari sabtu".... aku dah banyak kali terkena..beli banyak barang tapi tak ada plastik bag....camana tu? camana nak bawa barang tersebut kalau tak ada plastik bag???... klu nak jak dia orang akan charge 20sen.....

Harga 20sen bukan menjadi masalah... tapi kempen tersebut amatlah bermakna bagi kita semua.... tak elok la rasanya kita nak guna jak plastik bag sedangkan pelanggan lain mampu menbawanya dari rumah,mengapa kita tidak kan??? sebab ianya bukannya susah sangat pun...dan tak berat pun ringan saja kan???

Oleh itu ingat kalau nak keluar shopping pada hari sabtu tolonggggg la standby paper bag...
Bersama-sama la kita sokong dan menjayakan kempen ini.....

Ingat Tiada Plastik Bag Pada Setiap Hari Sabtu.....

Saya sokong..Anda Bagaimana????

Khamis, 22 April 2010

Pergi Dan Balik Kerja...




Sebelum aku keluar rumah untuk pergi kerja pagi ni, aku menyediakan makan dan minum untuk kucingku Leele... jam menunjukkan 730am ketika aku menghidupkan enjin kereta... sudah menjadi rutin setiap pagi aku bertolak pergi kerja jam730am...

Singgah kejap kat gerai untuk beli sarapan...sarapan pagi ni ialah mee hoon dan telur mata...

Pada kebiasaanya aku pergi kerja hanya mengambil masa 35-40 minit untuk sampai kat ofis... mula-mula perjalan lancar,tak jem pun.... tapi entah kenapa perjalan semakin lama semakin perlahan.... mesti ada kemalangan ni..aku berkata sendirian...

Jam tangan menunjukkan 825am...kebiasannya pada masa ini aku dah sampai kat ofis... sah lambat aku hari ni.. aku berkata sendirian lagi.... aku meraba-raba handphone di dalam bag dan menghubungi rakan pejabat untuk memberi tahu bahawa aku lambat masuk ofis.... kang aku tak bagi tahu nanti mencari pulak orang-orang ofis....
2-3 kali berdering panggilan dijawab... aku bagi la tahu bahawa aku sangkut dalam jem dan akan lambat masuk ofis.... rakanku menjawab sambil gelak... katanya dia pun sangkut dalam jem...

Nampaknya ada geng la aku lambat hari ni....hihihihihi....bukannya apa.. bos tak suka staffnya lambat masuk ofis...syarikat amat pentingkan kedatangan...kedatangan mesti cantik... tak nak datang lambat...nanti tak dapatlah......hihihi(segan nak cakap)...

Sampai kat perkarangan kilang menunjukkan jam 840am....aku tengok parking banyak lagi yang kosong....pertama sekali aku tengok parking bos....ahhaa bos pun tak sampai lagi..kwang-kwang-kwang nampaknya bukan hanya aku yang lambat tapi ramai lagi yang tak sampai ofis pada ketika itu....hihihihi...banyak geng rupa.....

Aku punch kad pada jam 843am..x lama lepas itu seorang-seorang datang termasuk la bos ku, ada lah dalam 8 orang yang lambat..ramai jak ye... pelik la jem pada hari teruk sangat utara, selatan, timur dan barat jem..puncahnya tak tahu...dia orang kata sebab hujan lebat semalam kot...entahla..
aku malas nak fikir sebab dah lambatttt nak fikir pun buang masa saja...klu fikir boleh mengawalkan masa tak apa jak...ni takkk, jadi jangan la buang masa berfikir....

Tanpa melenggahkan masa... aku buat air dan mula sarapan..nasib baik la bos faham kan..kalau tak, mahu dia marah masa kerja makan...bos faham...terima kasih....
Buat kerja seperti biasa...sampai petang...

Plan selepas masa kerja hari ni.... isi minyak kereta dulu..lepas tu carik hadiah untuk rakan sepejabat sebab esok dia last day kerja..berhenti..dapat tawaran kerja baikk punyaaa...lepas tu balik rumah masak....masak apa yee...

Selesai isi minyak aku meneruskan perjalan ke Jusco carik hadiah.... tengah dalam perjalann handphone ku berbunyi.... aku pun jawab (aku guna handfree yee..hihihihi)
kedengaran suara perempuan...rupa-rupanya jiranku...dia minta tolong aku menghantarnya ke hospital sebabnya baby tak sihat...
tanpa berfikir panjang aku pun cakap ok...kejap lagi aku sampai kata ku... apabila aku mematikan panggilan...aku lupa la pulak pasal hadiah...

Nasib baik la jiranku tu minta tolong hantar aje...balik kata nya nanti dia ambil teksi.. sebab dia takut nanti mengambil masa lama jumpa doctor.... betul jak sebab aku nak pi carik hadiah ni... lepas aku menghantar mereka ( dia orang berempat) aku terus pi carik hadiah.... selesai carik hadiah..balik rumah....

Jiranku tu balik dari hospital jam 0945pm....sejak jam 640pm tau...his-his-his lamanya..

Isnin, 19 April 2010

Separuh Hari Di Hospital.....

Punya la semanggat nak pi Hospital hari ni 19/04/2010.. sebab ada ada chek-up kat Hospital Klang..
aku pun keluar awal supaya dapat parking kereta.. parking jak yang penting..(hihihi)
Chek-up jam 830am...aku masuk perkarangan hospital jam 813am...awal 17 minit....
carik parking kat bahagian bahawa penuh... biasa la hospital klang besar......... tapi tempat parking ???? malassss la nak cakap.......
Aku pun pi tempat parking bertingkat....

Aku berdoa dapat la parking sebab jam dah menunjukkan 822am.... alamak sempat ke ni??

Tempat parking bertingkat... ada 3 tingkat tau... mari aku bercerita setiap bahagianya... tingkat bahawa dan tingkat 1 hanya untuk kakitangan hospital....... untuk pesakit (pesakit ke aku ni? tak sakit..tak sakit...sihattt)tingkat 2 dan 3... aku carik parking 3 kali round kat tingkat 2.... tak ada parking!!!!... Tak ada pilihan kena la aku parking kat tingkat 3 yang tiada bumbung.... nak buat camana dah nasib...dan dah lambatttt.... maka aku pun parking la kat tingkat 3....

Sampai kat klinik Perubatan (tempat yang aku nak chek-up) jam 847am...dah lambat 17minit...... dengan perasaan yang tak tau la nak cakap....aku letak la kad pengenalan diri kat tempat yang telah disediakan untuk mendapatkan no giliran..... selang seminti dua ajaknya nama ku di panggil oleh Ketua Jururawat...(ketua jururawat jangan main-main tau) dalam hati ku berkata nampaknya boleh settle awal pas tu boleh la masuk ofis...
Sampai aje kat counter Ketua Jururawat tu kata apa??? Cik Fatimah awak punya chek-up 10am bukan sekarang... alamak apasal la aku x tengok dulu kad tu....dah buang masa aku la.... aku cakap kat Puan tu... tak boleh ke buat sekarang sebab aku kerja... sekali dia tak bagi la...dia suruh jak aku datang jam10....aku tengok jam baru 850... mana la aku nak buang masa selama sejam lebih ni????

Untuk menghabiskan masa aku pun lepak la kat tingkat bahawa sambil membaca paper kosmo.....hilang boring sikit.... tengah aku lepak-lepak tu datang sepasang suami isteri muda lagi...dengan baby mereka yang sedang menangis... aku pun tanya kenapa baby menangis? mengantuk kata si Ibu.... sakit apa? aku bertanya lagi...masalah jantung kata Ibu....aku rasa tersentuhhh...aku acah-acah si baby...dia gelak dan berhenti menangis... aku tinggalkan pasangan tersebut sebab dah jam 952am....

Jam menunjukkan 955am ketika aku meletakkan kad chek-up di counter..... Alamak tak ada tempat duduk pulak.... dah nasib berdiri la sambil menunggu no giliran......
20 minit aku berdiri kedengaran nama ku di panggil.... Siti Fatimah Yuu (tak pasti nama bapanya..tpi yang penting bukan namaku)..hampir-hampir aku malu... sekali nama sama laaa....

26 minit aku berdiri... namaku di panggil ( kali ni betul punya) no giliran bertuah ialah 116....tapi no yang baru di panggil no57....... berapa lama la pulak aku kena tunggu niii????

Punya la ramai orang kat hospital hari ni....si anak meneman ibu/bapa, si isteri meneman suami.si suami meneman isteri bolah dikatakan semua berteman la...tapi aku seorang aje..... bising jak la suasana kat dalam bilik menunggu ni... banyak jak la soalan yang aku dengar....ada yang bertanya...dah lama ke tunggu?,no giliran berapa?,tadi datang jam berapa? dah lama ke sakit? bermacam lagi soalan... aku layan kosmo aje...

Lama jak aku tunggu...tiba no giliran pada jam 1218pm.....apa la nasib aku hari ni...
nak buat camana...aku tak mampu nak bayar mahal-mahal kat hospital swasta.... hospital kerajaan jak jadi pilihan.... bukan tak bagus? Bagus cuma lama kena tungguuuu....

Doctor buat chek-up.... settle chek-up..... aku kena pulak buat tarikh baru untuk chek-up kali ni kata doctor nak chek-up buah pinggang pulak.... aduhhh macam-macam...
nak dapatkan tarikah baru.... kena tunggu lagi.....

Masa aku tunggu untuk dapatkan tarikh baru tu ada la minah seorang tu tak menyabar nak jak dia di dahulukan...amboi-amboi banyak cantik... makcik-makcik,pakcik-pakcik,abang-abang dan kakak-kakak ni yang dah lama tunggu ni rilek aje dia plak yang lebih-lebih.... padan muka dia...Jururawat tu tak layan (caya la).....
Kurang sopan punya minah dia tinggal aje semua kad-kad yang berkenaan dan terus balik....
orang cam tu pn ada.... orang-orang yang ada kat situ pandang geram aje kat minah tu..

Jam 1327pm baru aku berjaya mendapatkan tarikh yang baru..... tak abis lagi....
kena ambil ubat pulak kena tunggu lagi... no giliran 5167..jam menunjukkan 1334pm...
selesai proses mengambil ubat aku terus balik.....

Perut pun dah lapar... sebelum balik rumah singgah la dulu kat kedai makan... bungkus nasi la.....

Maka tak sempat la nak masuk ofis untuk hari ni....


Bermacam-macam manusia ni yee.....

Rabu, 14 April 2010

Kes Dera Kanak-Kanak Berlaku lagi....

Semalam 14/04/2010 berlaku lagi kes dera terhadap kanak-kanak yang mengakibatkan kematian........

kali ini kanak-kanak yang malang itu bernama Lee Swee Hui's.....
entah apa nasibnya sehingga di dera sehingga mati....
apa dosa kanak-kanak yang berusia hanya 3 tahun...
apa la kesalahan yang dilakukan sehingga di perlakukan seperti itu....

Masyarakat kita macam buat tak tau saja...
sedangkan kita semua baru saja mendengar dan membaca di media massa terhadap apa yang berlaku kepada dua kanak-kanak sebelum ini....

Kes yang masih baru iaitu kes dera adik Syafina Humairah Sahril dan adik K.Haresvarren...
ianya berlaku teramat la baru.....tapi masyarakat kita masih lagi tidak memandang berat kes ini....

tapi kenapa sehingga ke hari ini masyarakat kita tidak membuat sebarang laporan kes dera yang berlaku di kejiranan mereka....
Bila dah berlaku dan mereka di soal siasat baru la mereka mengatakannya satu persatu...
tapi dah terlambatttttt.....


masyarakat kita kena la menjaga tepi kain jiran... tapi jaga la tepi kain yang boleh mendatangkan kebaikan dan bukannya keburukan....


mari la kita bersama-sama membendung kes ini.........

Selasa, 13 April 2010

H1N1 datang lagi...

H1N1 datang menyerang lagi...

Dia sentiasa masih bersama kita...tapi kita seperti tidak ambil endah...
kenapa ya??? mungkin sebab kita tidak mendengar kes kematian seperti sebelum sebelumnya...
bila media massa tidak melaporkan maka kita mula la buat tak tauuuuu...

Apabila media massa melaporkan pasal kes yang banyak berlaku di Pahang maka kita mula kelam kelibut pasal H1N1....

Apabila media massa melaporkan kematian apa lagi tak duduk diam la kita...

Kita seharusnya menyedari bahawa H1N1 sentiasa bersama dengan kita...
Bersama-sama la kita mengikuti arahan pihak kesihatan....
Jaga kebersihan diri seharian, pergaulan dan pemakanan kita seharian...

H1N1 sentiasa bersama kita.....

Jangan biarkan ia membelenggu kehidupan kita seharian....


Bersama menghapuskan H1N1 dari malaysia.....

Buang Bayi Lagi.....



Kita digemparkan lagi dengan berita pembuangan bayi...

saban hari kita mendengar dan membaca berita pembuangan bayi....

manusia zaman sekarang semangkin tiada perasaan belas kasihan terhadap bayi-bayi yang

tidak berdosa dan yang belum sempat pun mengenal dunia....


Apa nak jadi la....

Kalau pun mereka tidak mampu menjaga atau memelihara bayi-bayi tersebut bagi sahaja

kepada orang-orang yang mampu atau yang kehendakan anak.....

Terlalu ramai pasangan yang telah berkahwin tapi masih belum lagi di kurniakan cahayamata...


Apa la dosa-dosa bayi-bayi tersebut sehinggakan dicampak ke tong sampah,sungai,tepi-tepi jalan dan banyak lagi tempat yang entah apa-apa entah...


Oleh itu mari la kita beramai-ramai membendung dan membenteras masalah buang bayi...



Semoga Ibu/bapa yang tidak bertanggungjawap itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan meraka......