CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Jumaat, 28 Mei 2010

Pulau Tioman Dan Pulau Pangkor

PULAU TIOMON


Hari ni 28May2010 cuti umum kerana Wesak Day... termasuk Sabtu dan Ahad bererti ramai orang yang akan bercuti selama 3 hari....mungkin ramai orang yang pergi bercuti di mana-mana...tapi aku hanya duduk rumah saja.......argahhhhhh....... sepatutnya tika dan saat ini, aku berada di Pulau Tioman atau Pulau Pangkor......

Pulau Tioman... seorang rakan telah membuat plan untuk bercuti ke Pulau Tioman.... dan aku adalah diantara orang terawal yang nak join.....sebabnya pertama, aku dah lama tak bercuti....kedua, aku tak pernah pi ke Pulau Tioman..... aku dah pasang angan-angan pasal percutian tersebut....... sekali plan tersebut dibatalkan..... kononnya tak mendapat sambutan dan mahal......pulakkkkk..... so, rakan ni buat plan lain, kali ni pi bercuti ke Melaka sambil makan seafood konon.....dan aku antara orang yang terawal berkata untuk tidakkkkk join.......plan tersebut pun batal sebab tak ada orang nak join.......aku nak pi pulauuuuu........

PULAU PANGKOR


Pulau Pangkor.... aku dan seorang rakan membuat plan, ini setelah plan ke Pulau Tioman dan Melaka tak jadi....kami buat plan terbaru...kali ni ke Pulau Pangkor......
Kami dah cari pakej yang murah... tapi untuk 20 orang perserta........ yang tak bestnya kami hanya dapat mengumpul 7-8 orang.... so, tak dapat lah guna pakej... lagi pun tak ada pakej untuk 7-8 orang... kami pun berbincang lah dengan lain... berani tak kalau pi redah aje ke Pulau Pangkor sampi kat sana baru carik hotel atau resort???.... dia orang tak kisah... lagi pun kami tak ramai dan berlambak hotel dan resort.....mesti ada la tempat....so,selasai masalah tersebut... aku dan rakan yang membuat plan tersebut dengan tiada rasa sangsi dan confident lah plan tersebut ON ...kami hanya akan berbincang pasal nak naik kereta siapa serta belanja petrol dan makan selama 3hari 2malam di sana nanti.......

Selang tiga minggu sebelum ke Pulau Pangkor...rakan yang membuat plan ke Pulau Tiomon dan Melaka(yang telah dibatalkan) call aku.... dia nak buat plan ke Terangganu untuk menyandat sotong.... aku menolak dengan baik...sebabnya kan aku dah ada plan ke Pulau Pangkor..takkan aku nak join dia sedangkan plan aku dah ON tunggu nak pergi saja.....

Selang 3-4 hari selepas itu..dia call lagi...katanya..jadi ke pi Pulau Pangkor???
kataku mestila jadiiiii....lepas dia berkata lagi...bahawa ada 3-4orang rakan-rakan yang sepatutnya join ke Pulau Pangkor nak join dia.... betulll ke?????.....aku tak tahu pun???? dia orang tak cakap pun?????.....

Aku rasa terkilan.... kalau dia orang dah tak nak join..bagi la tau aku atau rakanku yang seorang tu....so tak la kami berangan-angan lagi pasal plan tersebut kan???...
kami pun tak boleh paksa dia orang....suka hati dia orang la...duit dia orang..... cuma bagi tau la tak jadi join kan.......

So, apabila dah kurang ahli maka plan ke Pulau Pangkor terpakas dibatalkan... ada juga seorang rakan ni offer aku untuk pi ke Terangganu...Free katanya...aku tak payah bayar.....tapi aku menolak dengan baik....saja nak mengambil hati ku kot???.... bukannya apa, aku malas la nak pi semata-mata nak menyandat sotong....letih tu.... kalau pi pulau bercuti aku nak la....... Menyandat sotong????? tak mau la......

Yang tak bestnya rakan yang membuat plan tersebut asyik bertanya....kak jadi ke Pangkor??? atau..Macamana Pangkor??? berulang kali pertanyaan tersebut di ajukan pada ku..nampak sangat dia tu memerli aku......bukannya dia tak tau plan tersebut telah dibatalkan disebabkan ahli-ahli kami telah menyertai plannya... dan aku sabar aje la dengan perliannya ituuuuu.....sabar..sabar....sabarrrrr......

Jalan terbaik ialah berdiam diri....aku hanya bercakap apa yang perlu saja dengan dia, kalau tak perluuuu......... diam lagi bagus dari melayan orang-orang yang macam tu......


Belajar dari apa yang berlaku dan cuba memahami rakan-rakan yang macam ni.....

Tapi apa yang pasti tika dan saat ini aku hanya bercuti-cuti di rumah.......

THAT WILL NEVER HAPPEND AGAIN........

Rabu, 26 Mei 2010

Rm6 Dan Budak Perempuan......



Pagi tu seperti biasa sebelum pi kerja aku mesti singgah di gerai yang berhampiran dengan rumahku untuk membeli sarapan...Abang yang aku selalu beli sarapan tu hari tak berniaga pulak...so aku singgahlah kat gerai lain....kelihatan seorang budak perempuan kat gerai tu sedang membantu emak dia berniaga........

Apabila aku menghampiri meja yang terdapatnya juadah jualan mereka....terus budak pempuan tersebut menyapa ku......kak, nasi lemak,mee hoon,mee,kuih kak....katanya... berumur dalam lingkungan 10-11 tahun...aku tersenyum....rajin dia tolong emak dia dan bangkit awal pagi....kalau aku la....entah larat tak bangun awal cam ni????? ini sebab kerja..kalau tak kerja..jam-jam macam ni aku tido lagi........

Aku menjawap... akak nak mee hoon....nak tambah lauk tak kak??... katanya lagi...
tak apa akak nak kosong aje,tapi letak sambal yee...aku menambah lagi.....

Selesai menbungkus...dia berkata...satu ringgit kak.....aku bayar...dan dia mengucapkan terima kasih....emak dia yang ada kat sebelah hanya tersenyum memandangku...aku membelas senyuman emaknya..... dan aku pun beredar....

Selang beberapa langkah dari gerai mereka aku terjumpa duit..tak silap aku dalam rm6-rm7.....aku dengan secara sepontan memanggil budak tersebut..... dia datang menghampiriku.....tak sempat dia bertanya...aku pun berkata..dik, ambil duit tu...sambil aku menunjuk ke bawah.....dia bertanya..duit sapa kak???....kamu ambil la rezeki kamu.... budak tersebut teragak-agak nak mengambilnya...aku pun berkata lagi..mungkin orang tercicir...rezeki kamu ambil saja la.... ...

Setelah dia mengutip duit tersebut berulang kali dia berterima kasih dengan ku...ada la dalam 3-4 kali dia berterima kasih.... kegembiraan terpancar di mukanya..... nampak sangat budak perempuan tu gembira.... ada la bekal ke sekolah petang nanti... agaknya la....aku meneka saja.....hihihihi.....

Aku menuju keretaku dan budak perempuan tersebut menuju ke gerai emak dia........
ketika aku menghidupkan enjin keretaku aku terpandang dia bercerita dengan emaknya...
emaknya tersenyum...aku pun tersenyum dalam kereta...entah emaknya boleh nampak ke aku yang tengah tersenyum......

Budak-budak kalau di bagi duit suka la dia orang.......
Dan kejadian pagi ni...memang dah rezeki budak tu....
Dan ianya bukan rezekiku........


Dan mudah-mudahan ada rezeki aku yang lain........
Dan minta-minta biarla jumlah besar.....hahahaha.... berangan aje aku ni.....

Ahad, 23 Mei 2010

Mesin Basuh Pakaian....




Dah hampir seminggu aku tak membasuh baju....bukan aku malas...tetapi mesin basuh di rumahku dah uzur dan jumaat lepas langsung tak berfungsi...masalah-masalah....gaji tak keluar lagi...penyelesaian awal, aku kena cari mesin basuh secepat mungkin dan yang murah.....

Aku ada ternampak dua catalouge pasar raya besar A dan B (nama pasar raya terpaksa dirahsiakan..hihihi...) yang membuat jualan, salah satu jualannya ialah mesin basuh... jualan bermula pada 21may hingga 3june....aku bandingkan harga kedua-dua pasar raya memberi harga yang berpatutan.... langkah pertama aku dan adikku Kent pi pasar raya A, yang pertama sebab harga ada murah sikit walaupun A agak jauh sikit dari rumahku(ianya terletak di Jalan Kapar)..........
Sampai saja kat pasar raya A tanpa membung masa terus saja kami pergi kebahagian barangan elektrik...aku pilih punya pilih...jurujual kata dah habis stok...aku ada 3 pilihan kat situ...tetapi semuanya tak ada stok.....sakit hati ooooooo... tak apa..
ada satu la pasar raya B (terletak di Bandar Bukit Tinggi)....


Sampai saja di pasar raya terus saja aku memilih2 mesin basuh yang berkenaan di hati..... sekali jurujual kata stok dah habis...pilih lagi satu...pun sama tak ada stok, aku cakap pun dengan jurujual tu..." adik kalau dah tak stok jangan letak kat cni" jurujual tu hanya tersenyum...kami pun balik....aduhhhhh.....pening kepalaku.... kat mana la aku nak cari mesin basuh yang murah ni????.....aku ajak adikku balik rumah saja....aku macam frust sikit....hidupkan enjen kareta dan terus memandu........

Tiba-tiba saja aku ternampak satu kedai barangan elektrik....aku berhentikan kereta dan ajak adikku turun tengok-tengok, mana la tau ada mesin basuh yang murah kan
cuba nasib..... sekali kat situ ada lahhh.. aku buat pilihan...ada stok..tapi bukan kat sini tapi kat puchong, kalau aku nak jak kena tunggu esok....pulakkkk...... macam-macam....... nak buat camana esok pun esok la..... lebih baik ada daripada tak ada langsung... aku pun setuju tunggu sampai esokkkk....

Selesai proses pembayaran aku dan adik terus balik rumah sebab dah lapar sangat lagi pun adikku Kent kena balik Seremban.....


persoalan bermain di fikiranku...kenapa pasar raya yang besar buat promosi dalam catalouge bukan main gempakkk lagiiii....tetapi bila pelanggan dah buat pilihan stok tak ada.... kalau stok dah habis kenapa barangan tersebut tak dialihkan dari tempat pameran???...Hari ini saja aku terkena di dua pasar raya....barangan yang tak ada stok tetapi still di letakkan di tempat pameran.....kenapa yeee?????


Persoalan yang mesti di rungkaikannnnn.....
Jawapan mesti dicari.......

Sabtu, 22 Mei 2010

AF Lapan....



AF8...telah selesai dan telah melabuhkan terainya serta Pengetua Norman Abdul Halim telah mengumumkan penutupannya...

Pada mulanya aku tak mengikuti sangat AF8...hanya pada minggu ke tiga baru aku follow setiap sabtu...sebab aku dah nampak kesungguhan dan daya saing diantara pelajar-pelajar...

Pada minggu ke enam Shahir tersinggkir, aku ada terkilan sikit sebab dia diantara pelajar yang menunjukkan peningkatan...biasa la undian....ramai yang tidak melihat itu....tapi nasib menyebelahi Shahir apa bila pada minggu ke tujuh dia di afundi masuk...nampaknya ramai juga yang sependapat dengan ku.... dan apa yang aku lihat pada bakal-bakal juara...semuanya ada peluang untuk bergelar juara....

Malam tadi berlangsungnya final AF8....aku hanya menyaksikan di depan tv rumah ku...
Selama pertandingan berlangsung semua pelajar-pelajar menunjukkan kebolehan masing-masing....dengan pemilihan lagu yang baik dan lagu-lagu single yang amat sesuai dengan setiap pelajar, nampak pelajar-pelajar berjaya pada malam tersebut...

Ucapan tahniah dan syabas keatas KRU kerana berjaya menghasilkan lagu-lagu yang bermutu untuk didendangkan pada malam final...

Pada malam tersebut biasa lah aku mesti membuat pilihan tersendiri.......
Pilihan ku berlandaskan persembahan mereka ialah...

Juara...diantara Shahir atau Adira.... tak kisah siapa juara sebab kedua-duanya menunjukkan yang terbaik....

No 3 aku pilih Maulana....

No 4 aku pilih Daus dan

No 5 aku pilih Iwan......

Tapi ramalan ku tak kena la....
yang tak kena no 3 dan 4 diantara Daus dan Maulana......
nak buat macamana keputusan berdasarkan undian dan bukannya dari persembahan malam tadi....

Shahir memang patut juara dan Adira walaupun dia no dua...tak apa yang penting terbaik jak...persembahan yang menghiburkan....

Maulana mempunyai bakat yang tersendiri...betul kata Aznil tak ada lagi pelajar-pelajar yang mempunyai bakat macam Maulana...Jazzz...gitu.... dan persembahan Maulana malam tadi memang tidak mengecewakan....dan aku suka sangat...

Daus dan Iwan biasa-biasa saja...bukan tak menghiburkan....tetap menghiburkan...

Tahniah untuk semua....
Tahniah untuk Shahir kerana tidak mengecewakan para pengundinya yang telah mengafundi masuk shahir...dan dia telah membalas jasa baik para pengundinya....

Keputusan adalah muktamad......

Juara - Shahair

No 2 - Adira

No 3 - Daus

No 4 - Maulana

No 5 - Iwan

Maka tak sia-sia la aku menonton AF8 malam tadi.....

Selasa, 18 Mei 2010

Facebook..Bekas Rakan-rakan Sekolah Dan Kawan-kawan..


Aku meninggalkan alam persekolahan menengah pada tahun 1992 (lepas SPM)....... pada masa itu aku juga terpisah dengan sebilangan besar rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan yang sama tahun dengan aku..... meninggalkan alam persekolahan yang beruniform,meninggalkan suasana sekolah dan kehidupan seorang pelajar.....

Aktiviti terakhir yang kami lakukan ialah berkelah di pantai Sahabat 16, Lahad Datu...aku lupa tarikhnya tapi yang pasti hujung tahun 1992....pada ketika itu kami saling bercerita apa yang kami lakukan sepanjang menunggu keputusan SPM... sambil,biasa la berkelah makan minum ....

Selepas aktiviti perkelahan itu, aku terus putus hubungan dengan ramai rakan sekolah... yang still berhubung dengan aku hanya beberapa saja iaitu...... Tietin,Farha,Zai,yang lain kejap ada kejap tak ada...

Pada tahun 1999,aku merantau ke Selangor....rakan-rakan sekolah semakin jauh dan semakin hilang....yang still standing Tietin..itu pun kami berhubung selalui sms saja... sesekali aku balik kampung di Lahad Datu, aktiviti ku hanya dengan keluarga saja.... bekas rakan-rakan sekolah???? hilang terussss...Tietin busy dengan keluarganya(sebab Titein pun merantau ke Kota Kinabalu) so dia pun mesti nak abiskan masa dengan keluarganya...aku malas nak kacau....

Setiap kali aku balik kampung beraya...ada dua bekas rakan sekolah yang mesti lah aku jumpa...yang pertama Azmi...dia ni sebab kalau raya masti balik rumah mak mentua dia yang sama kampung dengan aku...kami bertegur sapa saja..bersembang? jarang-jarang.. tak tau la kenapa???

Bekas rakan sekolah yang ke dua ialah Siti Saidah... ada dua persamaan aku dan dia...

Pertama - dia pun tak kawin lagi sama la dengan aku...(nasib baik ada geng..hihihi..)
Kedua - Setiap tahun di pagi raya pertama kami mesti terjumpa...sejak 4tahun kebelakangan ini la....tempat kami berjumpa tu agak unik....kawasan perkuburan Desa Bajau.... ini kerana pada hari tersebut kami saling menziarah kubur,aku ziarah kubur arwah bapaku dan dia ziarah kubur arwah bapanya.... menarikkan??? Semoga roh arwah bapa ku dan roh arwah bapa rakanku Siti Saidah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman...Alfatihah...amin....

Sekarang Tahun 2010...bererti sudah 18 tahun aku meninggalkan alam persekolahan...18 tahun agak lama jua yaa.... dan dah 10 tahun aku merantau di Selangor... aku still berhubung dengan Tietin,sms dan chating la...dengan Zai sekali sekala...yang lain??? terus hilang.....dalam memori ku hanya wajah-wajah mereka di zaman persekolahan..wajah-wajah yang terbaru???? entah tak tau....


Facebook...dah lama dengar..tapi buat tak layan dan tak mengikutinya sesungguh-sungguh...sebab aku dah ada Frendster...itu pun tak terupdate....malassss...

Aku tak sedar bila masa aku daftar dengan facebook...ianya berlaku dengan secara tak sengaja.... mula-mula daftar tu hanya ada beberapa rakan saja.... macam boring....tapi dalam beberapa orang tu ada dua rakan bekas sekolah yang terselit...iaitu Tietin dan Azrinie (rakanku yang ini terpisah sejak tingkatan3)..
semankin lama semakin seronok pulak berFacebook ni....aku mula berhubung denagn kawan-kawan lama (kawan-kawan yang aku jumpa selepas alam persekolahanku) dan baru.....

Dan sejak akhir-akhir ni....aku dah mula berhubung denagn bekas rakan-rakan sekolah ku...wajah-wajah bekas rakan-rakan sekolahku dah ada tergantung di dinding Facebook
hahahah...wajah-wajah terbaru mereka amatlah berbeza dengan zaman sekolah..yang kelakarnya wajah terbaru aku pun dia orang dah tak cam...hahaha.......besar betul perubahan yang berlaku pada diriku....hahahaha.......

Kalau sebelum ni masa malam ku habis dengan membaca atau menonton tv tapi sekarang tak lagi...masa ku habis bersembang di dinding facebook dengan dia orang..pantang ada topik..bersembang panjang la kami....
Kami sebenarnya jauh tapi dekat di Facebook...hahahaha...

Aku dengan bangganya dan berbesar hati serta dengan seronok dan juga gembiranya mengucapkan selamat berjumpa kembali walaupun hanya di Facebook kepada bekas rakan-rakan sekolah ku iaitu : TIETIN,AZRINIE,TAHIR,RIZALSHAH,HANIM,RINI,NORHAYATI,HARYANI,ABBAS,TANG,LINA,TOMON,
SETIAWATY,NORSYAM,FARHA,IREBEH dan YAHRAH.....yang ini rakan sejak sekolah rendah iaitu ABD RAHMAN terjumpa kembali di Facebook.....dan jak pada kawan-kawan lain KAMALULARIFIN,FARIZ,HASLINA,WAWAK dan semua rakan di Facebook..... yang istimewanya pada CIKGU KASSIM dan CIKGU AMINAH...wellcome...

Masih ada misi lagi yang harus di teruskan....misi mencari bekas rakan-rakan sekolah,kawan-kawan yang lain yang dah lama terpisah..dan kawan-kawan baru...

Memang betulla facebook boleh menghubungkan kita dengan semua orang....

Malam-malamku di penuhi oleh sembang-sembang dengan rakan-rakan....
pelbagai cerita dan pengalaman serta kenangan di zaman sekolah...

Untuk semua rakan-rakan ku rindu anda semua... semoga kita di rahmati oleh yang Maha Esa......amin...

Ahad, 16 Mei 2010

Setiap Kita Pasti Akan Kembali Pada-Nya...

Ketika itu aku baru lepas makan malam, jam dalam lingkungan 8pm...tiba-tiba saja handphoneku berbunyai... kelihatan di skren handphone nama adikku tertera Neneng....

Aku pun menjawap panggilan itu...kedengaran adikku memberi salam dan aku menjawapnya seperti biasa..... dengan berhati-hati dia berkata... May,(nama timanganku dikalangan adik beradik) Makcik Hajjah Norma telah kembali ke ramahtullah, tadi dalam jam 730pm......... aku terdiam seketika dan mengucap, tak tahu la pulak kan begitu cepat...dua minggu lepas memang emak ada cerita pasal arwah yang tak sihat.....minggu lepas, emak bercerita lagi bahawa arwah akan di hantar ke tawau...semalam,adikku bercerita arwah masuk hospital lagi.... tapi kali ni berita yang kurang baik sangattt....
Aku terus bertanya tentang emak...ok dia???? adikku kata ok jak...tapi biasa la down jak... aku berpesan pada adikku tengok-tengokkan emak... aku pun mematikan panggilan dan memberi tahu pada adik-adik ku yang lain...

Arwah Hajjah Norma adalah sepupu emak,banyak-banyak sepupu emak arwah ni saja yang selalu datang rumah dan bersembang dengan emak, sepupu yang lain dah tak ada...
Aku risau emak akan rasa kehilangan yang amat sangat....

Ada jak aku call emak beberapa kali, saja borak dengannya....memang rasa kehilangan itu ada...sebab bila aku call emak mesti menangis.....mudah-mudahan emak ok...

Rasa terkilan timbul pada diriku...sebab tak dapat menghadirkan diri untuk majlis pengkebumian itu... bukan tak nak datang tapi aku berada jauh...
Yang pasti arwah sangat gembira di akhir hayatnya kerana semua anak-anak arwah berada disisi arwah ketika itu...

Mudah-mudahan roh makcik Hajjah Norma di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman...Alfatihah...Amin...


Sesungguhnya setiap kita pasti akan kembali pada-nya...

Rabu, 12 Mei 2010

Anda Bertuah dan Anda Terpilih...

Aku selalu sangat menerima panggilan telefon dari agen-agen insuran..... biasa la nak jual insuran...

Mereka akan menelefon dan... semestinya nama penuhku, pasti mereka dah tahu...

Sebelum memperkenalka diri...mereka ni mesti berkata macam ni....

1) Tahniah cik/Puan anda bertuah kerana terpilih untuk mendapatkan perkhidmatan kami
Ataupun..macam ni...
2) Tahniah cik/puan kerana anda diantara pelanggan kami yang bertuah untuk mendapat perkhidmatan kami...

Kalau aku bertuah kerana terpilih untuk mendapat hadiah atau duit tak apa jak... ini aku kena beli insuran mereka...
bila kita tak dengar keterangan meraka,meraka memaksa....konon-kononnya 3-4 minit saja.....padahal panjang lebar... sehinggakan aku langsung tak boleh pintas la....memang laju la dia orang ni nak explan......

Bertuah apanya kalau duit keluar bukannya duit masuk...
Yang aku pelik,aku ni asyik bertuah aje pasal benda cam ni....
Dalam seminggu aku masti terima 3-5 panggilan telefon yang tujuan yang sama iaitu jual insuran...musykil aku...

Tapi sekarang aku dah tahu camana nak mengelak....
Terima saja panggilan yang aku tak kenal,aku tanya dulu panggilan dari mana..
kalau panggilan dari pada orang-orang itu, senang aje aku jawab...

1) Tak apa terima kasih aje la..saya tengah sibuk..tak ada masa nak dengar...
2) Dah banyak insuran la kena bayar.. awak cari aje orang lain...
3) Tak minat...sori....

Macam mana ye..nak mengelak dari panggilan yang cam ni????
Pening nak fikir...nak repot pada yang berwajib la...

Isnin, 3 Mei 2010

Kereta Dan Saman....

Hari ini pada sebelah pagi aku kena pi Hospital Klang, ada urusan kejap..aku telah memohon cuti pada belah pagi dan
akan masuk opis belah petang....

Seperti biasa masuk aje kereta mestilah stat kereta kan.....sekali stat tak boleh stat...aku cuba lagi...tak boleh jak..
aku rasa dalam 5 kali jak aku cuba tapi hampa.... aku mula gelabah... camana ni?? aku sepatutnya dah on the way ke hospital
aduhhh.... buntu kejap...aku relax kejap dan mula plan.....tiba-tiba aku mendapat idea...aku call seorang kawan, minta tolong dia hantarkan aku pi hospital...settle satu masalah....lepas ni kena fikir camana nak settle kereta yang buat hal dan camana nak pi kerja.....

Selesai urusan kat Hospital Klang aku pun terus balik rumah,jam menunjukkan 1105am.... sampai aje kat rumah..... alamakkk..
kereta ku kena saman oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK)....sebabnya aku tak bayar parking... kenapa la aku tak terfikir tadi...kan dah kena saman... malang sungguh nasib aku hari ni.... kalau aku bayar parking tadi baru rm1.50...ni buta-buta kena bayar rm30-50....aduhhhh duit lagi....masalah kereta tak settle lagi...ni dah kena saman pulakkkk....

Minta tolong orang-orang yang pakar dalam kereta,masalah utama ialah bateri,wayar-wayar lain yang telah digigit oleh cik.CT(Tikus la) tu boleh di tukar baru...tapi tak boleh settle pada hari ni..esok katanya....

Haaa..esokkkk...camana ni??? aku kena masuk opis tengahhari ni sebelum 1330pm...aku lihat jam 1130am....memang sah aku tak boleh masuk opis hari ni.... rasa nak nangis dan menjerit sekuat hati....kenapa la kau tak buat hal sabtu dan ahad lepas...hari isnin baru kau buat hallll...apa la nasib aku hari niiii...

Aku call handphone ketua jabatan ku...tapi tak berjawap...aku cuba call opis..tapi ketua jabatan tak ada pada masa itu...
aku meninggalkan pesanan pada rakan sepejabat,yang aku tak boleh masuk opis hari ni dan memohon cuti satu hari terusss...

Settle masalah kereta dan hal kerja, aku pun relax duduk kat rumah....memikirkan masalah yang aku hadapi hari ini...
Sebenarnya aku tak pernah pun terfikir akan mengalami masalah macam ni....

Kereta buat hal + kena saman + tak dapat masuk opis seperti yang aku janjikan...

Kita manusia biasa tidak lepas dari semua masalah seperti ini...apa yang perlu kita buat beringat dan berwaspada..