CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Jumaat, 27 Ogos 2010

Concentrate Please.....

Sebelum balik rumah aku singgah la di mini market.... nak beli barang dapur sikit..... memasuki mini market tak ramai pelanggan.... kelihatan juruwang dan supervisor tengah borak....... bergelak ketawa lagi tu.........

Selesai memilih barang aku pun terus la ke kaunter tanpa Q sebab tak ada pelanggan lain.....

Juruwang memasukkan jumlah harga barangan ke kaunter tunai dengan gelak ketawa sebab mereka still borak... cerita kelakar agaknya...... aku tak berminat mendengar.......
selesai mengira dia berkata rm19.15 miss..... aku membayar... jumlah yang aku berikan rm20.00..........

Dia mengambil duit dari ku.... still borak dan gelak lagi.....tak respek pelanggan dia org ni.... supervisor pun sama.... dia la yang ajak borak tu...... his3......

Setelah memasukkan kedalam kaunter tunai dia memberikan aku baki duit sebanyak rm8.50
secara sepontan aku berkata awak dah salah bagi baki la??.... ahaaaa..... sori mis...sori mis.....TQ ya... kata nya.... aku berkata tak apa....

Kalau barang yang aku beri tu berjumlah rm19.15 dan aku membayar dengan jumlah rm20.00 sepatutnya baki duit ku rm0.85... bukannya rm8.50.......

itu la masalahnya bila buat kerja tak concentrate.... sampai baki duit pun salah bagi....

KALAU BUAT KERJA BIAR CONCENTRATE SUPAYA KITA TAK BUAT SILAP....

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bazzar Ramadahan....



Hari ini setelah 10 hari umat islam berpuasa.... pertama kalinya aku membeli juadah d bazzar ramadahan..... sebenarnya aku lebih suka memasak di rumah.... tapi hari tak sempat.... balik kerja jalan jemmmmmmm..... memang tak sempat la nak masak.......
So, aku pun memgambil keputusan untuk membeli juadah di bazzar ramadahan.....

Juadah yang di beli ialah Nasi Ayam,Ayam Percik, kari Ayam dan Agar-agar Pelangi....
Tapi yang tak bestnya agar-agar yang aku beli tu basi..... langsung tak boleh makan.... bau basi tu kuat sangat....... kalau makanan yang kita beli tu kurang rasa tak apa juga kita faham bulan puasa ni.... mesti dia orang tak boleh rasakan??? tapi yang ini ada bau kuat pulak tu.......

Memang tidak dapat dinafikan separuh perniaga ni saja nak untung.... mereka tidak memikirkan perasaan pengguna.... apa yang mereka fikir???? duit...duit..... duittttt...... hiss...hiss.....hisssssss.....

Tapi mereka lupa ke???? di bulan baik dan hari baik ni.... bulan ramadhan... tak baik nak menipu pengguna.... apatah lagi makanan tersebut di beli untuk berbuka puasa..........fikir-fikirkan laaaaaa.......

Nasib baik Razlee beli kuih dua jenis.... kalau tak??? berbuka tanpa kuih la kami.... kuih bukannya juadah yang wajib.... tapi macam tak complete juadah berbuka puasa kalau tak ada kuih........

Hidangan yang wajib bagi kami ialah kurma...... yang ini wajib ada......

BELAJAR DARI PENGALAMAN..... DAN TAK AKAN MEMBELI LAGI JUADAH DARI TEMPAT YANG SAMA....

Khamis, 19 Ogos 2010

Tak Sabar Nak Balik Kampung......

Hari ni 20/8/10, dan dah 10 hari umat islam berpuasa....... Alhamdulliah......

aku setiap hari menghitung hari.... untuk balik kampung.... dah tak sabar.....
Masalahnya aku tak shopping lagi.... ada la sikit-sikit.... tapi ada lagi yang tak beli.......

Yang penting borang memohon cuti raya dah hantar dan approve..... yahooooooo......

Dan yang pasti raya tahun tak sama dengan raya tahun-tahun yang lalu...... sebabnya raya tahun ni keluargaku ada orang baru iaitu Zura wife adik ku Jali........ 1st time tu datang dan beraya di rumah kami di Lahad Datu, Sabah.....

Dan raya tahun ni adik ku si Neneng akan melangsungkan perkahwinannya..... yang pasti raya tahun ni akan meriah sakannnnnnn....... dan juga yang pasti ramai la keluarga belah emak dan belah arwah bapa yang akan hadir..... tak sabar oooooo......

Barang-barang persiapan untuk adik ku yang akan berkahwin sudah hampir complete...
hanya beli barangan untuk aku dan barang-barang sebagai buah tangan untuk keluarga yang lain....

Tak sabar nak balik kampungggggggg........

YANG PASTI AKU KENA STANDBY DENGAN SOALAN-SOALAN CEPUEMAS.....
KO BILA NAK KAHWIN??? ATAUPUN JANGAN MEMILIH BAH.....

SOALAN SEPERTI INI PASTI ADA....... hahahahahaha.....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ramadhan Datang lagi.......


Ramadan tahun 2010..... bererti aku suda 11 tahun berpuasa di perantuan......
Biasa la kalau tinggal dengan adik-adik.... aku sebagai kakak kena la menjadi tukang masak.....

Memasak bukan menjadi beban bagi ku.... sebab dah menjadi rutin ku tiap-tiap hari memasak..... cuma, pada bulan Ramadan ni kalau time berkerja aku agak terkejar-kejar balik rumah..... sebabnya jem.....

Biasanya sampai saja aku di rumah.... terus memasak juadah untuk berbuka..... aku lebih suka memasak dari membeli di bazzar-bazzar..... kalau beli macam tak berbaloi dengan harganya.....so, lebih baik masak puas hatiiiii...... tapi kuih-muih tu adikku beli di bazzar....... heeeeeeeeeeeeeeee......

Aku suka kalau hari-hari cuti...... relax saja aku memasak juadah.... tak terkejar-kejar....... siap ada masa lagi duduk-duduk untuk menunggu masa berbuka..... heeeeeeeeeeeeeeee..........

Dan ini sudah menjadi rutin ku sejak 4 tahun ni....iaitu sejak aku tinggal dengan adik-adikku.... sebelum ni aku tinggal dengan kawan-kawan di asrama..... semasa di asmara aku banyak makan luar jarang sangat masak...... lagi pun aku seorang......tak ada hal la nak makan apa.... sekarang ni.... tinggal dengan adik-adik dan mesti masakkkkk.......

BAGAIMANA DENGAN ANDA??? LEBIH SUKA MASAK KE??? ATAU BELI DARI BAZZAR????

Rabu, 4 Ogos 2010

Jumpa-jumpa kawan sekolah....


Plannya di buat dah 2 hari iaitu pada 1 aug tapi ada saja halangan...... masalah utama sebab kerja...... oh ya... kawan kami Rizal datang KL untuk metting... so, kami yang ada kat cni tak sah la kalau tak jumpa dia kan??? kawan-kawan lain kalau datang c ni kami pasti pi jumpa saja untuk makan dan minum..... dia orang datang time-time cuti.... tapi c Rizal datang time hari berkerja....... susah la ckit kami nak meluangkan masa........ tapi kami cuba juga meluangkannya.......

Dan pada hari ini 3 aug....Plan last minute di buat..... perjumpaan diadakan di Borneo Rainforest,Sunway jam 8pm..... Madi yang putuskan tempat perjumpaan.....aku pun terus hantar sms pada Hanim dan mengarahkannya menghantar sms pada Nurul pasal perjumpaan tersebut......... jadi juga ingatkan tak jadi sebab masing-masing busy.......

Aku sampai di Sunway pada malam tu jam 805pm.... aku ingatkan aku la yang paling lambat... rupa-rupanya aku la orang pertama yang sampai..... tiba-tiba handphoneku berbunyi... c Madi call... bertanya kalau aku dah sampai...... time tu dia baru nak keluar rumah....aku call Hanim... dia tengah tunggu Nurul.... aku call Rizal... dia tengah tunggu Hia..... Hia??? c Hia ada di KL?????? kenapa kami tak tau????

Dalam 30minit juga aku tunggu dia orang...... Jam 9pm aku,Madi,Hanim,Nurul dan adik Di suda berkumpul.....kami menunggu Rizal dan Hia....... lambat juga dia orang sampai dalam lingkungan jam 1040pm baru dia orang sampai sebab tunggu c Hia abis kerja...... tak apa kami sanggup tunggu kerana dah lama tak jumpa Rizal dan Hia... lagi pun Rizal datang KL kan?? tak sah la kalau tak jumpa dia.... dan perjumpaan ini khas untuk jumpa c Rizal.....

Kami bersembang panjang mengimbau kembali zaman sekolah, kenangan manis dan pahit... makan minum....makan minum..... kenyang sangattttt.....

Jam 12am, aku meminta diri untuk balik..... sebab dah tengah malam.... dan aku seorang seorang memandu dari Sunway ke Klang.... takut oooo.... tak biasa..... Hanim dan Nurul balik sekali..... kami tinggalkan hero-hero tu bersembang.... dia orang tak apa lelaki......

Punya la laju aku pandu kereta dari sunway ke Klang tak sampai setengah jam...... biasa la tak jem..... heeeeeeeeeeeeeeee........

PENGALAMAN YANG MENARIK IALAH AKU TAK PERNAH BALIK 12AM SEORANG-SEORANG DARI SUNWAY KE KLANG....heeeeeeeeeeeeeee.....