CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Isnin, 27 September 2010

Hospital Oh Hospital............

Hari ni 27hb Sept....... aku kena pergi ke Hospital Klang untuk chek-up..... kali terakhir aku pi Hospital pada April......

Memasuki perkarangan Hospital.... biasa la susah dapat parking..... dua kali aku round untuk cari parking.... tak dapat....pilihan akhir ialah parking kat atas bumbung.... bukannya apa, aku gayat kalau parking kat atas bumbung ni.... heeeeeeeeeeeeee............

Sampai di Klinik Perubatan, jam menunjukkn 930am.... seperti biasa, aku meletakkan kad klinik ku didalam bakul..... dan duduk, menunggu nama di panggil....... selang lapan minit... namaku dipanggil......wahhh cepatnya aku dipanggil.... aku berkata sendirian.... heeeeeeeeeeee..... sampai saja aku dikaunter, jururawat tu berkata, Siti Fatimah,awak kena ambil nombor di tingkat bawah dulu...... oooo dah tukar peraturan rupanya.... aku dengan tak banyak tanya pun turun la balik ke tingkat bawah untuk dapatkan nombor giliran....... untuk dapatkan nombor giliran tak lama sangat cuma mengambil masa 5 minit saja.........

Selesai mendapatkan nombor giliran, aku pun naik balik ke tingkat 1, dan meletakkan kembali kad berserta nombor giliran...ke dalam bakul......selang 10minit namaku dipanggil lagi..... dengan cepatnya aku pun pergi la ke kaunter..... jururawat yang memanggil namaku berkata, Cik, mana dia resit pembayaran ni??? resit tu kena lampir sekali dengan nombor giliran...... aku berkata, mana ada resit, saya tak bayar lagi pun..... Jururawat tu berkata lagi.... Cik kena pergi bawah dan bayar kat kaunter pembayaran.... resit pembayaran tu yang kena lampiran dengan nombor giliran.....
Dengan sepontan aku berkata, laaa kenapa tak cakap awal-awal??? tadi saya dah turun puan tak cakap pun..... dan saya kena turun lagi...... buang masa tau????

Aku pun tak tau sejak bila dia orang ni tukar peraturan..... kalau dulu-dulu, ambil nombor giliran dan bayar, sekali dia orang buat kat kaunter yang sama....kali ni??? dah tukar pulak???? siapa yang harus disalahkan????... Aku memang tak tau pun kena buat camni.... kalau aku tau.... aku ambil nombor dan bayar sekali kat tingkat bawah lepas tu baru naik tangkat 1........ ni???? kerja yang boleh dibuat sekali dah kena buat dua kali...hisssssssssss....... gerammmmmmm..... aku bukannya apa... aku janji kat headku yang aku akan masuk ofis,kalau settel awal..... tapi nampaknya macam tak boleh settle awallllll.......


Jam 1150am nombor giliran yang dipanggil ialah 8078... nombor giliranku??? 8116.....
berapa lama lagi la aku ni kena tunggu????.... memandangkan nombor giliranku agak lama lagi nak dipanggil dan aku pasti yang aku takkan sempat masuk ofis.... aku pun call la headku untuk memberitahunya yang aku tak sempat masuk ofis....

Jam 130pm, nombor giliranku dipanggil, rasa lega sikit..... walaupun aku rasa lapar tahap gaban pada ketika itu........

Memasuki bilik doctor, kelihatan doctor lelaki berbangsa Cina.... peramah... so, tenang sikit hatiku.... dia buat chek-up seperti biasa.... tiba-tiba, boleh dia kata report untuk 24 jam urine testku hilang..... jururawat yang duduk sebelah doctor,menyampuk.... dalam computer data pun dah hilang...... ahaaaa hilang???? aku pun berkata so, macamnana????..... Doctor tu, kata aku kena buat sekali lagi..... dan aku berkata tak nak!!!! sebabnya... takkan aku nak buang masa lagi.... itu bukan salah aku..... dan kenapa pulak data boleh hilang???? aduhhh macam-macam........ dan yang penting memang aku tak nak buat lagi.... buang masa dan tenaga saja.....

Selepas mendapatkan tarikah yang baru untuk chek-up yang akan datang, aku pun pergi ke farmasi untuk mengambil ubat....... nombor giliran farmasi 5225 dan jam menunjukkn 150pm...... saat ni tahap kelaparanku, tuhan saja yang tau......

Selesai mengambil ubat aku terus balik, sebelum tu singgah dulu tapau makannan....

ZAMAN-ZAMAN CANGGIH CAMNI PUN DATA DALAM COMPUTER BOLEH HILANG.... MACAM-MACAM....

0 ulasan: