CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Sabtu, 27 November 2010

Dealova.....

Aku suka videos clip ni...dan paling penting aku suka lagunya..... lalalalala......
bukan nak sokong lagu dari seberang.... tapi lagu ni memang best......... lagu-lagu Malaysia pun banyak juga yang best...... lalalalala.......






SELAMAT MENDENGAR..... SEMOGA TERHIBUR......

Ahad, 21 November 2010

Sahabat Lama Ku...........



Program 21 Nov 2010 ialah pergi ke Senawang, Negeri Sembilan..... ada dua tujuan utama.... Pertama, ambik barang-barang adikku yang berpindah dari Senawang ke Klang.... Kedua, makan tengah hari dengan sahabatku, Fariz, Ani(wife Fariz) dan Kamal.... yang ini Fariz yang belanja.......lalalalala........ohhh ya.... Fariz dan Kamal ni aku kenal masa kat Lahad Datu,Sabah..... dia orang ni pernah mengajar di sana.............dan dia orang ni memang orang Negeri Sembilan...... tengok muka pun memang tahu la dia orang ni orang Negeri Sembilan..... hahahahahahaha........

Bertolak dari Klang jam 930 pagi sampai kat Senawang jam 1045 pagi..... memasuki Senawang aku terus saja ke Hostel Samsung.....sebabnya adikku sedang menunggu aku di sana..... sampai kat Hostel Samsung.... mak haiiii..... banyaknya barang dia..... mana muat kereta.... kena dua kali angkut ni....... takkan aku kena balik Klang hantar barang separuh dan datang balik ambik pulak yang bakinya???? jauh tuuuuuuu....... nasib baik la adikku dapat idea.... tumpang letak barang kat rumah kawan dia.... selesai satu masalah.....nampaknya aku kena datang lagi ambik yang baki ni......

Kesian si Fariz dah lama tunggu aku call dia balik.... sebabnya aku janji, selesai aku ambik barang adik aku... aku pi jumpa dia.... ingatkan barang tak lah banyak cam ni????.... akhirnya aku lambat jumpa dia orang...........

Selesai punggah barang adik aku..... aku pun terus call Fariz.... nak kompom tempat nak jumpa...... tempat telah ditetapkan Restoran Satay Kajang, Dataran Senawang....
sampai saja di tempat dijanjikan, Fariz dan wife dia sedang menunggu kami.... Kamal tak sampai lagi time tu........ selang 10 minit baru kamal sampai.... datang seorang, orang rumah dan anak-anak tak dibawa sekali.... perasaan bujang.... lalalalala.......... Bertahun juga aku tak jumpa dia orang ni...... Fariz dah lebih besar dari biasa.....hahahahaha........ kamal saiz cam dulu jak...... first time aku jumpa wife Fariz..... kecik aje...... comel.....heeeeeeeeeee........

Kita orang makan satay.... bersembang... banyak jak topik.... entah apa-apa entah topik kita orang........ ada lah dua jam kami bersembang.... dan tangkap gambar untuk di upload ke Fecebook.... adikku tolong tangkap gambar.... lalalalala.......

Jam 2 petang, kami bersurai.... dan aku dan adikku terus balik Klang...... kami sampai di Klang jam 430 petang..... penatttttt..... penat semalam dari Teluk Intan masih aku rasakan, ni bertambah lagi penat dari Senawang.... hmmmmmmmmmmm......
Aku kena datang lagi Senawang.... ambik separuh barang yang telah ditinggalkan.... tak tahu lagi bila..... dua minggu lagi kot???

TERIMA KASIH PADA FARIZ KERANA SUDI BELANJA MAKAN, WALAUPUN BUKAN TOMYAM...HEEEEEEEEEEEEEEEEE.......

Sabtu, 20 November 2010

Selamat Pengantin Baru ~ AMAN Dan ASMAH ~ ~ 20 Nov 2010 ~


Bangun dari tido aje, aku terus call Ayu, sejak semalam aku call Ayu, tapi handphone dia tak aktif..... sebab nak kompom masa untuk bertolak ke Teluk Intan....... selesai kompom dengan Ayu...... maka lengkap lah plan kami... tunggu masa nak bertolak aje..... lalalalalala...... yang kompom pergi ialah Aku,Naim,Razle,Ayu dan anaknya,Azrul tunggu kat R&R Teluk Intan, Kami berenam......

Ya.... kami akan bertolak ke Teluk Intan hari ni, tujuan utama ke Teluk Intan ialah untuk menghadiri kenduri kahwin Aman dan Asmah..... ya, Aman dan Asmah akan bersanding hari ni..... lalalalala.... lama jak dia orang ni couple.....alhamdulillah.... sampai jak jodoh dia orang.... aminnnnnn.......

Bertolak dari Klang jam 10 pagi, sampai kat rumah Asmah yang terletak kat Sungai Ranggam, Teluk Intan... pada jam 1310 petang...... ketika itu pengantin sedang bersanding dan acara silat sedang di lakukan....... menarikkkkk........ tema pengantin ialah Hitam Putih..... cantikkkk...... memandangkan pengantin sedang busy..... so, kami makan la dulu... sebab dah lapar.. keluar rumah pagi tadi tak sarapan, sempat minum aje.. heeeeeeeeee.....

Selesai makan baru lah kami berjumpa pengantin dan tangkap gambar....... lepas itu kami pun terus balik Klang...... kami kena balik awal.. sebabnya, Ayu ada baby yang baru berumur sebulan lebih..... baby tak boleh tinggal lama-lama.... heeeeeeeeeee...

Memandangkan cuti sekolah dah bermula...maka, ramai lah orang melangsungkan perkahwinan...... sepanjang perjalanan dari Klang ke Teluk Intan, banyak majlis kenduri kahwin sedang berlangsung.... pelbagai warna tema yang aku nampak...... cantik-cantik belaka..........

Alhamdulillah.... kami sampai kat Klang jam 440 petang..... penat..... heeeeeeeee....
Esok aku ada lagi program.. aku kena pi Senawang... ambik barang adikku yang akan berpindah ke Klang...... lalalalalalala........

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK AMAN DAN ASMAH, SEMOGA DI KURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHA, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMINNNNN.....

Selasa, 16 November 2010

Hari Raya AidilAdha 2010.....



Esok Rabu 17hb Nov 2010..... semua umat islam akan merayakan Hari Raya Korban atau Hari Raya AidilAdha.......

Dan pada tahun ini, genap lah sepuluh tahun aku menyambut Hari Raya AidilAdha di tanah semenanjung yang bertuah ini....... menyambut Hari Raya AidilAdha di tempat orang sudah menjadi perkara biasa bagi aku...... apa taknya sepuluh tahun tu..... heeeeeeeeee........

Dalam tempoh sepuluh tahun ni, aku hanya balik kampung bila tiba Hari Raya Aidilfitri... kalau Raya AidilAdha ni, aku tak balik.... raya kat Klang aje lah....

Aku tahu ramai juga yang senasib dengan aku.... anak perantau.... dan beraya di perantauan...... so, apa nak heran....... heeeeeeeeeeeeee......

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua..... semoga kita semua sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki oleh-NYA....aminnnn....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

Jumaat, 12 November 2010

Minggu Yang Panjang.......

Minggu yang kedua di bulan November..... minggu yang panjang dan busy serta minggu yang stress....

Stress pertama, stress sebab kerja orang lain.... kerja orang lain yang tak kena mengena dengan aku..... aku yang kena follow-up...... entah apa-apa entah...... arghhhhhhhhhh........

Stress kedua, stress tengok orang lain yan buat kerja.... yang tak betul..... kerja yang sepatutnya di settle dulu... disettlekan kemudian.... kerja yang tak berapa penting tu dia sudahkan dulu..... ni macam alah-alah ikut Q lah.... orang yang Q dulu dipotong Q nya..... hmmmmmmmmmm...... yang aku ni.... kena mengingatkan dia pulak.... dia boleh cakap..... AFTER THIS YA...... geram aku dengar..... arghhhhhhh......

Stress yang ketiga, PC aku tak connect dengan sever, not function..... so, aku tak boleh buat kerja lah..... bermula rabu petang.... settle aje masalah PC tu khamis petang..... so, banyak lah kerja ku tertunggak...... hmmmmmmmmmmm......

Bila dah banyak masalah macam ni... maka, minggu ni aku rasa panjang sangatttt......
apa lagi minggu ni... hari Sabtu kena kerja.... arghhhhhhh.......

Apapun hidup harus diteruskan..... kerja untuk duit.... duit itu penting dalam hidup.... yang paling penting aku perlukan duit..... heeeeeeeeeeeeeeeeeee....

KERJA...KERJA...KERJA.......

Selasa, 9 November 2010

Katakan TIDAK Pada Rokok...

Iklan satu malaysia.....

Iklan rokok yang mengerikan.... tak tahu lah kalau ada perokok yang tidak insaf lagi....
Aku sendiri pun tak sanggup nak tengok......

Banyak pengajaran yang kita dapat dari iklan ini.....so, insaf lah....






ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.... KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.....

Ahad, 7 November 2010

Tip Jika Disengat Tebuan...



Sehari suntuk duduk rumah.... tak banyak kerja yang hendak diselesaikan....aku busy hanya di pagi hari..... busy memandikan si Le Lee(kucingKu), menbasuh baju, mop lantai dan masak untuk makan tengah hari..... selesai semuanya, aku free sampai sampai petang..... lalalalalala.....

Kebosanan melanda, kalau tak buat apa-apa..... hmmmmmmmmmm...... aku pun mendapat lah idea untuk dikongsi bersama..... tip yang mudah dan senang nak ingat.... so, mari kita kongsi bersama.....

TIP JIKA DISENGAT TEBUAN.
#~ Cungkil dengan penyepit kuku dan jangan di gosok, jika duri tebuan masih melekat.

#~ Lumur bahagian yang disengat dengan soda bikarbonat yang telah dicampurkan dengan
air, bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit.

#~ Basuh, ikat dan balut dengan kemas bahagian yang telah disengat.

#~ Bagi si mangsa minum air dan masukkan ketulan ais ke dalam mulut.

#~ Jika bahagian sengatan bertambah bengkak, terlentangkan si mangsa dan dapatkan
rawatan doktor dengan segera.

UNTUK INFO BERSAMA....

Sabtu, 6 November 2010

Gunung Berapi.....

Di kala kita di Malaysia bercuti sempena hari Deepavali dan, di saat rakan-rakan kita yang beragama Hindu merayakan Deepavali..... kita terlupa sejenak nasib negara jiran kita Indonesia........


Semalam dalam jam 1246 pagi, Gunung Berapi telah meletus dengan dahsyatnya...... semburan gas panas setinggi 8,000 meter ke udara, bersama-sama itu ia menghasilkan hujan abu volkanik berserta hujan pasir dan kerikil......



Setakat ini seramai 122 nyawa telah terkorban terkena awan panas, dan ramai lagi yang cedera.....


Nasib baik pelajar-pelajar kita yang berada di sana terselamat......Alhamdulliah...

Semoga mangsa Gunung Berapi,Indonesia tabah menghadapi bencana yang mereka hadapi....

SEMOGA KITA SENTIASA DILINDUNGI-NYA.... AMIN...
SESUNGGUHNYA SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA....

Jumaat, 5 November 2010

Happy Deepavali 2010.......


Hari ni Jumaat, 5 Nov 2010 ...... dan pada hari ni semua rakyat malaysia yang berbangsa India dan beragama Hindu akan merayakan Deepavali...... Pesta Cahaya......

Hari ni juga adalah cuti umum..... so, apa lagi... aku pun mengambil kesempatan ini untuk berehat saja di rumah...... ada juga plan nak pi window shopping..... tapi cuaca yang panas hari ini membantutkan plan ku itu..... duduk rumah pun seronok apa???? boleh santai tengok tv sambil melayan facebook....... tak penat... yang paling penting duitku tak keluar..... save duit aku..... heeeeeeeeeeeeeeeee....... tapi esok aku kena juga keluar untuk bayar bil.......... semoga esok cuaca tak lah sepanas hari ni........ insyallahhhhh.......

Selamat bercuti untuk anda semua......

Selamat merayakan Deepavali untuk semua rakan-rakan yang meraikannya.....

CUTI DUDUK RUMAH PUN SERONOK APA?????

Khamis, 4 November 2010

Minggu Yang Busy....



November telah datang menyapa..... awal-awal bulan memang aku busy membuat report..... sudah menjadi rutin tugas ku setiap awal bulan untuk siapkan report yang sepatutnya.........

Tapi awal bulan ni, dan minggu ni, aku kena siapkan empat report........ dan kena siapkan sebelum Jumaat... sebab jumaat cuti Deepavali..... yahooooo cuti lagi....

Tapi sebelum bercuti, aku kena juga siapkan report-report tu..... arghhhhhhh..... busyyyyyyyyy............

Relakkkkkk...... tenangkan fikiran..... coollllll....... yesssss..... aku boleh buat.... aku bolehhhhh...... heeeeeeeeeeeeee......(motivasi diri)...

So, untuk siapkan report-report tersebut.... aku hanya tumpuh kat report.... kerja lain tak layannnnnnn........ ketepikan dulu......

Report pertama yang aku siapkan ialah report bulanan sebanyak dua jenis...... sehari suntuk juga aku buat.....

Report kedua pulak ialah report tahunan, yang ini pun dua jenis juga..... satu hari setengah juga lah, aku ambil masa nak siapkannya.........

Alhamdulliah........ report ku siap juga pada hari khamis petang..... sukanyaaaaaaa..... boleh aku bercuti dengan senang-lenang.... heeeeeeeeeeeeee.......

HOREYYYYYYY..... REPORTKU SIAP.......

Rabu, 3 November 2010

Sofaz - Dan Bila Esok (the best clip)

Lagu yang menarik.... saya suka video clipnya......
Bagus lagi guna kartun dari real orang untuk model video clip......





LAYANNNNNN.....