CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Ahad, 20 Jun 2010

Aku,Hanim dan Abbas selepas 18tahun.....

Atim,Abbas dan Hanim


Hari ini, tiba lah masa untuk aku berjumpa dengan Abbas dan Hanim..... plan ni telah dirancang sejak dua minggu lepas,ini kerana Abbas ada urusan kerja di putrajaya....oh ya, Abbas dari Labuan.......memandangkan dia nak datang KL, jadi dia meluangkan la masaanya sikit untuk berjumpa aku dan Hanim......ya la, kami asyik berjumpa di alam maya iaitu di Facebook... dah ada masa terluang ni kami pun plan la untuk berjumpa ........selama 18tahun aku tak pernah jumpa mereka.... iaitu, sejak tamat SPM 1992...... lama ooooo...... Kami plan jumpa di Kotaraya KL, ini kerana Abbas menggenap di hotel yang berhampiran..... so,mudah untuk Abbas berjumpa aku dan Hanim...... Masa mula-mula buat plan kami sepatutnya ber enam....tapi last minit yang lain tak dapat datang oleh sebab-sebab yang tertentu.....so, tinggal kami ber tiga......

Aku sampai di KL pada jam 1150am....kami janji berjumpa jam 12tengahari..... aku sampai di tempat dijanjikan pada jam 1205tengahari.... Abbas dan Hanim tak kelihatan lagi.... aku cuba hantar sms pada Hanim nak bagi tau yang aku dah sampai kat tempat dijanjikan..... sekali dia masih dalam bas la....... tak apa demi sahabat-sahabatku, aku rela menunggu... 18tahun tuuu aku tak jumpa mereka..... tiba-tiba handphoneku berbunyi.... tertera no yang aku tak kenali.... aku jawap...suara lelaki yang kedengaran.....rupa-rupanya si Abbas...... dia dah berada di kawasan yang berhampiran.....aku pun tunggu Abbas di hadapan Kotaraya....selang 5 minit Abbas sampai....... 18 tahun aku tak jumpa Abbas....banyak betul perubahannya.... kalau dulu masa sekolah dia nampak berisi dan rendah sikit dari aku..... tapi sekarang..... dia dah kurus dan lebih tinggi dari aku....... jauh sangat bezanya....

Kami lepak minum di Starbucks sambil tunggu si Hanim.....hampir separuh juga air kami minum baru Hanim sampai..... jumpa aje Hanim siap berpelukan lagi kami......aku dan Hanim aje yaaaa.... dengan Abbas jabatangan saja..... heeeeeeeeeeeee.....
Hamin tak benyak berubah.... cuma dia berisi sikit.... muka sama aje macam time
sekolah...... Kedua-dua sahabatku ni dah berkawin dan masing-masing mempunyai 2 orang chayamata........alaahai so sweettttttt.....

18 tahun lamanya kami tak jumpa, banyak cerita suka duka yang kami kongsi....... mengimbas zaman sekolah yang penuh kenangan manis dan pahit......siap gelak besar kita orang....... pahit manis selepas sekolah...... dan kehidupan selepas bergelar suami dan isteri.....aku??? masih single.... tak banyak cerita yang menarik...... heeeeeeeeeeeee.........kerana banyak sangat cerita yang hendak dikongsi sehingga 3 restoran tempat kami lepak.........

Borak punya borak tak sedar hari dah petang...... kami menamatkan perbualan kami dalam jam 415pm.... sebab Abbas ada hal lain...... aku dan Hanim masing-masing balik.....sebelum balik aku singgah dulu kat kedai buku, beli tiga buah novel untuk di baca....aku balik Klang dan Hanim balik Puchong.......


Yang sebenar-benarnya banyak lagi cerita yang ingin kami kongsi tapi masa tak mengizinkan........ tapi tak apa.... nanti akan bersambung pada hari raya nanti....Insyaallah......

Time kami berborak-borak tu...sempat la tangkap gambar buat tatapan sahabat-sahabat lain di Facebook.....

Aku macam tak percaya boleh jumpa Abbas dan Hanim hari ni...... sweet memory...
Hari raya nanti, aku dan sahabat yang lain dah plan akan berjumpa....Insyallah....

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH LAHAD DATU 1988-1992.......

Khamis, 17 Jun 2010

Sihat Dan Selesai La satu Urusan.......

Hari ini aku kerja halfday.......... ada dua sebab kenapa aku ambik cuti halfday.......
pertama nak pi hospital ambik ubat stok untuk dua bulan.....kedua nak renew roadtax dan insuran kereta.......


Sebelum aku keluar ofis tengah hari tadi....aku pun handover apa yang patut pada rakan....sebenarnya tak ada apa-apa pun nak di handover.......
cuma bagi penerangan ckit saja.....apa yang patut aje....almaklum la HR baru.....aku tak risau sangat sebab ada head dept yang follow up....

Perjalanan dari tempat kerja ku ke hospital mengambil masa 35minit..... sampai saja di kawasan hospital Klang terus carik parking....

Tanpa membuang masa aku terus pi farmasi...untuk ambik stok ubatku..... ambik dulu no giliran.....no 5211....no yang dipanggil 5190..... ada dalam 20 orang sebelum no ku..... so, tunggu laaaaa..... carik tempat duduk..... .

Tengah aku duduk-duduk menunggu no di panggil.....tiba-tiba seorang perempuan cina duduk di kerusi sebelahku.....berumur dalam lingkungan 25-30 tahun.....memakai sepek mata.... di tangannya ada sebotol air minum...... Bagus bawa bekal air datang ke hospital...kataku sendirian....sambil melayan TV3 (tengok gambar saja tanpa suara)

Tiba-tiba perempuan tersebut berkata sendirian sambil menghitung sesuatu dengan jarinya....... katanya : mata dah buta dan ada cancer...lepas tu aku akan mati.... dia berkata-kata dalam bahasa melayu tau..... mula-mula suaranya perlahan lepas tu semangkin kuat dan berulang kali dia berkata ayat yang sama...... aku punya la malu....malu yang teramat malu laaa..... orang semua memandang ke arah ku.... aku jadi serba salah.... ya la perempuan tu duduk sebelah ku...orang mesti ingat dia ada kaitan dengan ku.... lepas tu dia boleh menangis..... aduhhhhhhh..... aku dah takut tahap gaban .....aku nak cari tempat duduk lain..... tak sempat aku beredar...perempuan tu berdiri dan berlari keluar dari farmasi sambil menangis......aku mula tertanya.... dia datang sendiri ke hospital???

Selang 2-3 minit kedengaran suara perempuan tersebut yang masih menangis...dia masuk ke farmasi dengan seorang perempuan....emak dia kot???... kedengaran suara emak dia memujuk........ dan dia mula tenang...... orang sekeliling masih melihat ke arah nya.......


Cam tu ke, kalau kita tak dapat menerima kenyataan yang kita mengidap sesuatu penyakit????? atau terlalu lemah ke semangat perempuan tersebut???
sehinggakan dia tak dapat mengawal emosi dan berkata-kata sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekeliling?????

Nasib baik la aku kuat semangat dan boleh mengawal emosi..... dan yang paling penting aku sihat-sihat saja... ya aku memang sihattttt....


Tanpa menyedari masa berlalu tiba la no giliranku........ubat ku ambik dan terus ke kereta...... sebabnya aku kena pi ke Ambank nak renew roadtax dan insuran kereta........ kat bank tak payah beratur sebab tak ada orang.....pi aje ke kaunter bayar.....selesai bayar aku terus balik..... sebabnya roadtax esok baru boleh ambik...... nampaknya Roy la jadi mangsa untuk mengambil roadtax tersebut sebab dia kerja malam.... tengah hari esok minta tolong dia la ........heeeeeeeeeeeeee.......

Maka selesai la urusan ku untuk hari ini....... aku dah lapar...taupu la nasik dulu sebelum balik rumah......


MULA TERFIKIR AKAN KESIHAT DIRI DAN SEMANGAT ITU AMAT PENTING SERTA KAWAL EMOSI.....
ROADTAX KERETAKU EXPAIRED 23/6/10......sengaja renew awal.........
INSURAN KERETA GUNA KURNIA INSURAN..... heeeeeeeeeeee.....

Selasa, 8 Jun 2010

Menang Peraduan RM5000.......




Kenyang rasanya dah lepas makan....tiba-tiba saja handphoneku berbunyai..... kelihatan private number tertera di skrin handphoneku..... seperti biasa aku menjawap.... kedengeran suara lelaki memperkenalkan diri sebagai Hj.??? (sori lupa pulak namanya).. membuat panggilan dari menara celcom katanya........Dia berkata lagi..... Tahniah pada puan dan keluarga kerana telah memenangi peraduan celcom dan menbawa pulang wang sejumlah rm5000......

Memenangi peraduan celcom???? saya tak pernah pun masuk peraduan celcom.....kataku....

Aku rasa macam ada yang tak kena??? aku pun tanya pemanggil apa nama pemenang tu???
Dia tanya aku balik.... puan tak pernah ke masuk apa-apa peraduan celcom????

Aku bertanya pada pemanggil lagi.... boleh saya tau nama penuh dan nombor ic encik???

Tak sempat aku habiskan pertanyaanku panggilan dimatikan........
Nampak sangat la nak menipu....agak-agak la.....
Tapi yang pasti memanggil berlogatkan orang-orang seberang...


Telah ramai juga kawan-kawan yang bercerita benda yang sama...biasanya aku hanya tersenyum apabila mendenger....tapi hari ini aku telah mengalami sendiri..... tergelak sendiri jak..... aduhhh...macam-macam teknik kalau dah nak menipu.....

Dan hari di facebookku ada beberapa rakan mencadangkan bagaimana nak kenakan balik si pemanggil..... lucu jak cadangannya.....hahahahaha.... anyway TQ.....


Kena lebih berhati-hati pada panggilan telefon yang seperti ini....


ALERT IS IMPORTANT......

Jumaat, 4 Jun 2010

Tolong La Jaga Kerja Sendiri... Jangan Nak Jaga Kerja Orang Lain....



Pagi-pagi lagi aku dah naik angin.... naik angin tahap gaban la..... hot..hot..hotttt.. dah la keretaku buat hal... aircond x bolah guna....so aku hot la on the way pi kerja pagi..........

Rasanya belum sampai sejam aku duduk di mejaku.... tiba-tiba saja telefon di meja ku berdering...angkat saja dengar suara staff yang senior yang berlagak pandai ni....
pagi-pagi lagi dah cakap aku punya report salah..... aku memang dah tak puas hati dengan dia ni....semalam sebelum aku balik rumah dia dah tegur.....so,aku cakap la bos yang suruh buat cam tu...aku ikut la..... dengan rasa tak puas hati dia meletakkan telepon.....

Itu masalah yang lain dia tegur....pagi ni pulak masalah lain..... dan pagi ni aku memang dah tak tahan.... dia dah terlebih... bukan saja terlebih.....dah terlebih-lebih....melampauuuuuu......


Yang aku pelik kenapa dia lebih-lebih...sedangkan Headku tak pernah pun tegur dan komplen pasal report yang aku buat...... kerja tu dah 3 tahun aku buat....dan tiap-tiap bulan dia mesti cari kesalahan pada reportku......
apa masalah dia yeee?????


Setahu aku HR bagi report tu ketangannya tiap-tiap bulan bukan untuk dia mencari apa jua kesalahan pada report tersebut....report tersebut sampai ke tangannya ialah untuk dia mendapatkan senarai nama siapa yang layak untuk menerima alaun kedatangan itu saja...dia tak ada hak untuk nak mencari apa jua kesalahan pada report tersebut.....sebabnya Headku dah chek report tersebut...than kalau report tu betul... Headku mestila tak cakap apa-apa kan????

Dan memang betul kerjaku tak ada kena mengena langsung dengannya.....DIA HANYA DAPATKAN NAMA SAPA YANG LAYAK TERIMA ALAUN KEDATANGAN SAJA......BUKAN NAK CARI DIMANA SILAP REPORT TERSEBUT...... dan Headku pun telah menjelaskan padaku apa kerjanya yang sebenar-benarnya.....dan memang nyata dia tak mengena langsung....langsungggggg.....


Dan pada pagi ini...setelah tiap-tiap bulan dia asyik tegur report yang aku buat salah.....pada matanya salah......pada hal report tu tak ada salah punnnnn...
Sebab dah tak ada modal dia nak cari salah aku...benda yang merepek saja dia nak tegur.....adakah patut dia nak tegur rekod kedatangan MD dan Mgr HR?????..... bukan dah merepek namanya???? dia siapa nak tegur rekod kedatangan orang atasan????
Yang aku pelik MD dan Mgr HR tak layak untuk terim alaun kedatangan.....kenapa dia mesti tegur pasal rekod kedatangan BOS......itu dah nampak sangat dia ni saja nak cari salah aku....... macam la dia tu Head aku....pada hal sama saja la taraf dengan aku di company ni...cuma dia senior la.... sebab tu kot nak berlagak dengan aku.... piii rahhhhh..... aku tak takut....sebabnya aku tak salah....dia tu yang busybody nak jaga kerja orang lain..... salah orang lain...rajin sangat dia korek....salah sendiri buat tak tahu.... macam hebat sangattttt...macam la terbaikkkk....pada hal hampehhhhhh.... banding aku dengan dia tu.....dia tu dah banyak kali gaduh kat ofis dan dah banyak orang yang gaduh dengan dia....sampai berhenti kerja pun ada sebab gaduh dengan dia..... dan aku tak heran la dengan dia ni..... dan aku pulak gaduh dengan dia aje.... dia seorang aje la.... dengan orang lain,aku baik saja......


Oleh kerana aku dah tak tahan dengan perangai dia... ya la kan dah tiap-tiap bulan......aku pun komplen kat HR...bukan nak menyalahkannya cuma membuat pengajaran pada dia...apa kerja yang sepatutnya dia kena buat..... dan kerja yang sepatut dia tak tak perlu masuk campur......


Kalau bulan depan dia masih nak carik salah aku lagi...dia ni memang ada masalah dalaman la.....


Pelik kan pada orang-orang yang suka jaga kerja orang lain....
dan pelik juga pada orang-orang yang suka cari salah kerja orang lain...

Macam-macam.......



Cuma memperbaiki diri dari kelemahan dan keburukan orang lain...