CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Jumaat, 23 Julai 2010

Who Check???




Suatu petang aku bersembang dengan kawan sepejabat.... dia salah seorang ketua jabatan di tempatku kerja... dia orang Jepun dan sudah 2 tahun berada di Malaysia......

Kami bersembang pasal kerja.... kerja yang tak pernah abisssssss......... kerja.... kerjaaaaaaaa....

Tiba- tiba dia bertanya pasal bulan Puasa.....
berapa lama tempoh berpuasa??
macamana berpuasa??
bila stat berpuasa??
apa yang boleh buat dan tak boleh buat masa berpuasa??
boleh ke telan air liur?? heeeeeeeeeeeee......

dan banyak lagi la.... dan aku cuba menerangkan dengan sebaik-baiknya pada dia......

Lepas itu dia bertanya lagi....
Kalau seseorang itu tak berpuasa??
kalau seseorang itu makan dan minum di bulan puasa??
kalau seseorang itu tertinggal puasa dan tidak mengantikannya??

dan aku pun berkata yang kita wajib berpuasa dan wajib mengantikannya....

memang wajib ke??? katanya lagi.....

aku pun menjawab...... ya memang wajib....

Tiba-tiba dia berkata WHO CHECK?????
kalau kita tak puasa atau tak mengantikannya?????

haaaa WHO CHECK?????

aku dengan tenang menjawap..... bahawa Allah kami akan CHECK semua itu.....
dengan tiba-tiba dia merapatkan kedua-dua tapak tangannya... macam alah-alah minta ampun gitu....
sorry...sorry... katanya.........aku tersenyum melihat gelagatnya......

hahahahahahahahaha....

apabila seseorang itu tidak memahami agama kita.... kita seharusnya menerangkan dengan teliti pada mereka......

KAWASHITA SAN MENDAPAT INFO YANG BARU PADA HARI TU.........

KELAKAR BETUL........

Selasa, 20 Julai 2010

Jalan-jalan cari makan ke???

AKU,NURUL,MADI,HARYANI,HANIM DAN IREBEH


18 July 2010, aku berjanji dengan Hanim untuk berjumpa dengan Irebeh di masjid Jamek, Kuala Lumpur...... kawanku seorang ni datang dari Sabah bercuti sambil bershopping..... dan hanya aku,Hanim dna Titin yang tahu akan kedatangnya... pada kawan-kawan yang lain nak buat kejutan konon...... heeeeeeeeeeee.......

Selain dari Hanim aku berjanji dengan Haryani, Nurul tak kompom sebab takut dia busy dengan Madi pun sama...... so, plan awal hanya aku, Hanim dan Haryani saja la yang akan membawa kawan kami berjalan-jalan di sekitar KL ni......

Dari Pasar Seni aku dan Hanim pergi ke Masjid Jamek dengan menaiki Putra sebab Haryani menunggu kami stesen putra Masjid Jamek....... aku dan Hanim dah 18 tahun tak pernah berjumpa Haryani.... dia ni sekarang bertugas sebagai jururawat Hospital ??? heeeeeeeeeee...... sampai aje kat sana.. berpeluk-pelukan la kita orang... ya la lama tak jumpa.... entah kenapa aku tiba-tiba terpecah rahsia yang Irebeh ada kat Kl time tu.... apa lagi.... menjerit la si kawan...sebab aku dan Hanim tak beritahu dia... hahahahahaha.....

Ketika kami tiba di hadapan hotel tempat Irebeh menggenap, jam suda menunjukkan 1115am dan Irebeh dah keluar untuk shopping...... dalam 10 minit kami menunggu kelihatan la kawan kami balik dari shopping... banyak nya barang ber bag-bag.... shopping sakan .....salam-salam dan peluk-peluk kejap kami pun pergi la minum-minum.....
tengah minum tu kami berbincang la tempat-tempat yang nak kami tujui... tempat utama yang nak kami tujui ialah Sogo..... Tiba-tiba C Nurul call dan ajak kami makan tengah hari kat Kg.Baru....

Yang kelakarnya kereta kecik naik nya 5 orang(termasuk kawan Irebeh) .....so yang kat belakang sumbat la 4 orang...kasian dia orang..... aku duduk depan.... heeeeeeee....

Tengah makan kat Kg.Baru... C Madi pulak call suruh kami semua pi Seri Kembangan dia nak belanja kami konon....

Tengah nak bersiap untuk pi Seri kembangan c Madi suruh kami pi Puchong pulak...... kami pun pi la puchong......

Yang kelakarnya kawan-kawan yang lain siap marah c Rebeh kenapa datang KL tak inforam... kalau tak boleh bawa dia jalan-jalan banyak tempat.....nak buat kejutan tapi dia yang terkejut...... hahahahahaha............

Kami lepak kat Bumbu Bali minum saja mengimbas kembali zaman sekolah... kelakar.......sambil bergambar-gambar.... riuh-rendah restoran tu kita orang buat..... hahahahahahahaha......

Sambil lepak-lepak c Leha dengan suaminya datang.....hahahahahaha.... yang c Leha ni follow kami dari KL lagi...sampai sesat.... akhirnya kami suruh dia pi Puchong saja sebab dia tinggal kat Puchong..... hahahahahahaha..... kelakar betul......

Selesai kat Bumbu Bali Puchong, kami pergi ke Jusco, ioi Mall.. temankan c Rebeh dan kawannya shoppinggggggg.....kami hanya meneman... tengok-tengok aje.... heeeeeeeeeeee...........

Selesai shopping kami makan malam di Kenny Roger.... kat Kenny Roger sambung borak....

Selesai makan dalam jam8 malam...... memandangkan aku tak bawa kereta, aku minta tolong c Madi hantar ke Bandar Klang sebab aku parking kereta kat Bandar Klang pagi tadi...


Aku sampai kat umah pada malam tu dalam lingkungan jam845pm...... penat sangatttttt....
Macam ni la kalau berjalan tak ada plan..... cuba bayangkan mula-mula kami hanya nak lepak kat KL saja.... tapi akhirnya..... kami sarapan kat Masjid Jamek, makan tengah hari kat Kg.Baru. minum petang dan malan malam kat Puchong....... jarak bukannya dekat jauh tuuuu..... heeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Thanks to Nurul kerana belanja makan tengah hari dan Madi kerana belanja makan malam dan to Leha kerana belanja minum petang...... Thankssss...

Sorry to Rebeh kerana tak sempat ronda-ronda banyak tempat sebab kesuntukan masa..... next time ya......

Untuk Hanim dan Haryani memang enjoy haaaa...........

Macam jalan-jalan cari makan pulak..... hahahahahahaha.......


SWEET MEMORY WITH THEM.........TQQQQQQ..........

Sabtu, 3 Julai 2010

Perjumpaan yang di rancang dan tidak di rancang..

Lcct airport.....aku menghantar sepupuku balik Sabah....... dan hari ini juga kawan lama ku, kawan sekolah yang dah 18 tahun tak pernah jumpa iaitu c Achil akan balik juga ke Sabah setelah menghantar adiknya masuk maktab di sini.......

So, aku telah berjanji dengan Achil akan berjumpa dengannya di Lcct airport.......


Selesai membantu sepupuku chekin di kaunter....... aku pun ajak mereka minium di Mc D...... sebab ada 1 jam 30 minit lagi sebelum dia orang bording........

Memasuki restoran Mc D....aku macam ternampak kalibat kawan lamaku...... memang lama sangat aku tak jumpa dia.....dalam 20 tahun juga laaaaa............. hanya berhubung melalui facebook saja........ aku menghampirinya dan secara sepontan aku memanggil namanya....nama penuh lagi......... memang sah dia......Azrinie Jaffar...... sahabat lama......... siap berpelukan kita orang........ dia tak banyak perubahan..... tak macam aku yang lebih besar dari dahulu......aku tak banyak borak dengannya sebab dia kena bording, tapi kami ada berjanji akan jumpa hari raya nanti.....insyallah................. dan aku terus menunggu c Achil.......

Kami berjanji jumpa jam 4pm..... jam menunjukkan 255pm...... tak apa aku tungguuuu....

Biasa la kalau bab-bab menunggu orang ni.....mesti lambat masa berlalu...... macam tu la aku rasakan..... tetapi memandangkan aku dah 18tahun tak jumpa Achil, aku bersabar menunggu.........

Jam 405pm... aku nampak c Achil menuju ke perkarangan Lcct..... apa lagi aku terus la sergah dia dari belakang..... terperanjat diaaa..........
c Achil sama dengan aku..... lebih besar dari dahulu........... size masa sekolah memang dah tak nampak........hahahahahahahaha..........

Aku tak borak lama dengan c Achil.....sebab masa tak mengizinkan..... tapi sempat juga la tangkap gambar untuk tatapan kawan-kawan yang lain di facebook.......... heeeeeeeeeeeee........


So, hari ini saja aku terjumpa( tidak di rancang) kawan lama Azrinie
dan berjumpa(dah kami rancang) c Achil........

Azrinie dah lebih 20 tahun aku tak jumpa dia dan c Achil pulak 18 tahun.......
aku seronok sangat berjumpa dengan dia orang.... sukanyaaaaa......


TAK SABAR NAK BERJUMPA KAWAN-KAWAN YANG LAIN.........

Jumaat, 2 Julai 2010

Koc Merah Jambu/Pink......

Pada 27/6/10 aku membawa sepupuku sekeluarga yang datang dari sabah pergi berjalan-jalan ke KLCC....... biasa la ..... aku sebagai pemandu pelancong..........
kononnnnnn...... saja aje aku bagi dia orang naik tran..........

Seperti yang ramai orang tau....... tran komuter ada menyediakan Koc Merah Jambu/Pink.......... Koc ini hanya untuk wanita saja........... tapi ada juga lelaki-lelaki yang tak faham..... tak faham ke?????? atau buat-buat tak faham.......... sedangkan sebelum tran sampai di sesuatu terminal..... pihak komuter ada membuat pengumuman akan koc ini....... dia orang tak dengar ke?????........

Apa taknya.... aku kata dia orang ni tak faham..... boleh dia orang ni dengan muka tak malu..... masuk Koc Wanita..... dah la tu...... boleh buat selamba aje....... hiss.....hiss.....hiss..........

Yang aku tak tahan tuuuuuu......Boleh pulak dia orang duduk dengan senang-lenang.... wanita-wanita ni berdiri terpacak....... apa halllll?????

Sepatutnya pihak tran komuter menyediakan seorang yang menjaga Koc wanita.....dan memantau penumpang lelaki yang menaiki koc wanita.......


PELIK PADA ORANG-ORANG YANG TAK MEMAHAMI BAHASA.....

BAHASA JIWA BANGSA.......

Khamis, 1 Julai 2010

Pengalaman Ku......

Lama juga aku tak membuat catatan di Blogku........ bukannya lupa.... tapi aku busyyyyyy..........

Pada 28/6/10 aku mendapat pengalaman yang menarik....... pada hari tersebut aku telah menemani sepupuku untuk mendaftarkan anak perempuannya Ayen.... di IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA KUALA LUMPUR............ bidang yang di pilih adalah perguruan........ mereka datang dari Sabah.... dan aku yang bekerja dan tinggal disini memang sepatutnya membantu mereka.......... di samping itu aku adalah sebagai penjaganya disini.......penjaga yaaaa...... hmmmmmmmmmmmmmmm..........

Dua hari sebelum mendaftar aku membawa mereka ke tempat-tempat yang menarik seperti Putrajaya dan KLCC, semasa nak pi KLCC aku membawa mereka menaiki Komuter dan Putra........ menemani mereka membeli barang keperluan untuk Ayen dan shopping sikit-sikit barangan yang hendak dibawa balik Sabah nanti...........


Tiba hari untuk mendaftar..... kami bertolak jam 640am dari Klang.... kena tiba di tempat mendaftar jam 8am....... sebenarnya kampus tu tak la jauh sangat dari Klang..... tapi takut sangkut dalam jem kami gerak awal..............

Tapi memang betul tekakan ku Federal Highway memang jemmmmmmm...... cuba bayangkan perjalanan yang sepatutnya mengambil 40minit boleh mencapai dua jam lebih.......hiss...hiss...hisssssss............ kami bertolak jam 640am sampai di kampus tu jam 815am........ sabar aje laaaaaaa........

Ketika kami sampai..... kami terus menuju ke pintu utama kampus...... sampai aje kat sana.... memang sudah ada pak guard yang membantu...... kami di suruh paking kereta di kawasan hostel pelajar......kami pun pi la hostel pelajar..... sampai saja di sana memang dah banyak kereta..... mungkin kereta ibubapa,penjaga atau mungkin pelajar..... jalan sempit dan banyak sangat kereta..... cuba bayangkan....... aku dapat parking walaupun bukan tempat yang sepatutnya untuk parking...... heeeeeeeeeeeeee......bukannya,apa aku tengok orang lain pun parking cam tu juga..... selagi tak menganggu lalulintas paking aje laaaaaa...........


Selesai parking....kami pun menuju ke tempat mendaftar...... senang nak cari, sebab dah ada pelajar di setiap kawasan untuk membantu para tetamu yang datang untuk mendaftar....... bagusssssss.........

Selesai para pelajar mendaftar......tak semua la.... ada jak yang tak sempat mendaftar....... para ibubapa dan penjaga dipanggil memasuki dewan untuk upacara penyerahan pelajar dari ibubapa atau penjaga, soaljawap, perkenalan kampus dan beberapa perkara yang patut pihak kampus inform pada ibubapa atau penjaga......... siap semua orang dalam dewan tu menyanyi lagu kebangsaan Negaraku dan lagu kampus Bahasa Antarabangsa.............aku nyanyi lagu NegaraKu saja.......... heeeeeeeeeeeeeeee..............


Selesai permasalahan dalam dewan..... kami ke hostel pelajar pulak untuk menghantar barang-barang Ayen..... pihak kampus memberi masa dari jam 1230 hingga 4pm..... lepas itu pelajar di kehendak memasuki dewan balik...............

Memandangkan Ayen tak buka account lagi..... bukan sengaja tak buka..... cuma tak pasti bank mana???? sebabnya sepupuku ni dah ada pengalaman dari anak sulungnya..... dah buka account kat bank lain....sekali pihak kampus nak bank lain pulak............

Aku memang tak biasa dengan jalan-jalan Lembah Pantai KL dan kawasan Bangsar...... totalyyyy..... tak tahuuuuuu......... so dapat la idea minta lukiskan map kat pelajar senior.......... dengan senang hati cari lokasi bank..... bank yg nak di cari ialah BSN Bangsar........ boleh pulak map yang dilukis tu salah????....... patutla kami tak jumpa......nasib baik la.... ada seorang hamba Allah ni (sori tak sempat tanya nama dia... tapi aku sempat tau berterima kasih....heeeeeee.....)
dia la yang tunjuk jalan yang betul punyaaaaaa........ sampai di Bangsar.... tapi tak jumpa pulak BSN..... 3-4 kali juga kita org pusing tempat yang sama........... macam mana nak jumpa kalau BSN belah kanan...... yang kami ni pi asyik belah kiri aje..... kelakar betullll laaaaa....... hahahahahahahahaha.........

So, kat Bangsar la kami menyelesaikan semua perkara yang belum selesai seperti buka account,tangkap gambar ukuran passport,beli kasut,beli bantal,beli iron dan barang keperluan lain.......

Selesai semuanya kami pun balik la ke kampus jam meunjukkan 415pm...... ingatkan kami la yang paling lambat.....rupa-rupanya ada lagi yang lambat.............

Kami tinggalkan Ayen di kampusnya... sebab dia kena masuk dewan....... dan kami balik terus ke Klang......... perjalan balik dari Lembah Pantai KL ke Klang lancar...... hanya mengambil masa sejam............

Sehari suntuk juga kami berurusan di Kampus Bahasa Antarabangsa....... alhamdulliah selesai juga....... penat gilaaaaaaa.......


Tahniah untuk Farhain....semoga menjadi Guru Bahasa English yang berjaya.....amin....


PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN.......