CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Khamis, 3 Mac 2011

Koc Merah Jambu KTM.....

Minggu lepas aku berkesempatan lagi menaiki KTM dari Klang ke KL Sentral..... biasa lah.. aku sebagai pemandu pelancong... hahahahaha.... kebetulan dua orang sahabat baikku dari Sabah datang KL bercuti... aku pun sengaja la bawa dia orang naik KTM dari Klang ke KL Sentral... yang sebenar-benarnya bukan senjaga... heeeee... aku ni walaupun dah bertahun duduk Klang memang tak berani la pandu kereta ke KL.... tak tahu jalan dan takut sesat... alasan munasabah kan??? lalalala.... dan, aku sendiri kalau nak shopping kat KL memang aku naik public transport....

Sambung cerita pasal dua sahabatku ni.... aku memang dah inform dia orang... yang kami akan berdiri di garisan warna pink dan garabak yang akan kami naiki berwarna pink.... yang mana garabak ni khas untuk wanita saja... so, tak payah risau......

Tiba saja keretapi kami pun naikla....selesai mengambil temapt duduk masing-masing boleh pulak ada penumpang lelaki??....dua sahabatku ni.. pelik melihat.... sebabnya penumpang lelaki ni macam buat tak tahu saja... buat-buat tak nampak lah yang kebanyakan penumpang dalan garabak tu wanita....aku pun berbisik la kat dua sahabatku ni...MEMANG BANYAK JUGA KES MACAM NI,KES YANG TAK FAHAM BAHASA DAN PENTINGKN DIRI SENDIRI.... dua sahabatku ni hanya geleng-geleng kepala.....

Aku pun tak faham la... kenapa arahan yang simple macam tu dia orang(lelaki) boleh tak faham... sedangkan pengasingan garabak atau garabak khas untuk wanita dah lama dilancarkan... kenapa la lelaki-lelaki ni masih tak faham( bukan semua lelaki ya... hanya segelintir)....

Dan setiap destinasi yang KTM singgahi mesti ada saja lelaki yang memasuki garabak wanita... pelik lah dia orang ni......


KTM KENA BAGI DENDA KAT LELAKI-LELAKI YANG NAIK GARABAK WANITA...

0 ulasan: