CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Khamis, 22 April 2010

Pergi Dan Balik Kerja...




Sebelum aku keluar rumah untuk pergi kerja pagi ni, aku menyediakan makan dan minum untuk kucingku Leele... jam menunjukkan 730am ketika aku menghidupkan enjin kereta... sudah menjadi rutin setiap pagi aku bertolak pergi kerja jam730am...

Singgah kejap kat gerai untuk beli sarapan...sarapan pagi ni ialah mee hoon dan telur mata...

Pada kebiasaanya aku pergi kerja hanya mengambil masa 35-40 minit untuk sampai kat ofis... mula-mula perjalan lancar,tak jem pun.... tapi entah kenapa perjalan semakin lama semakin perlahan.... mesti ada kemalangan ni..aku berkata sendirian...

Jam tangan menunjukkan 825am...kebiasannya pada masa ini aku dah sampai kat ofis... sah lambat aku hari ni.. aku berkata sendirian lagi.... aku meraba-raba handphone di dalam bag dan menghubungi rakan pejabat untuk memberi tahu bahawa aku lambat masuk ofis.... kang aku tak bagi tahu nanti mencari pulak orang-orang ofis....
2-3 kali berdering panggilan dijawab... aku bagi la tahu bahawa aku sangkut dalam jem dan akan lambat masuk ofis.... rakanku menjawab sambil gelak... katanya dia pun sangkut dalam jem...

Nampaknya ada geng la aku lambat hari ni....hihihihihi....bukannya apa.. bos tak suka staffnya lambat masuk ofis...syarikat amat pentingkan kedatangan...kedatangan mesti cantik... tak nak datang lambat...nanti tak dapatlah......hihihi(segan nak cakap)...

Sampai kat perkarangan kilang menunjukkan jam 840am....aku tengok parking banyak lagi yang kosong....pertama sekali aku tengok parking bos....ahhaa bos pun tak sampai lagi..kwang-kwang-kwang nampaknya bukan hanya aku yang lambat tapi ramai lagi yang tak sampai ofis pada ketika itu....hihihihi...banyak geng rupa.....

Aku punch kad pada jam 843am..x lama lepas itu seorang-seorang datang termasuk la bos ku, ada lah dalam 8 orang yang lambat..ramai jak ye... pelik la jem pada hari teruk sangat utara, selatan, timur dan barat jem..puncahnya tak tahu...dia orang kata sebab hujan lebat semalam kot...entahla..
aku malas nak fikir sebab dah lambatttt nak fikir pun buang masa saja...klu fikir boleh mengawalkan masa tak apa jak...ni takkk, jadi jangan la buang masa berfikir....

Tanpa melenggahkan masa... aku buat air dan mula sarapan..nasib baik la bos faham kan..kalau tak, mahu dia marah masa kerja makan...bos faham...terima kasih....
Buat kerja seperti biasa...sampai petang...

Plan selepas masa kerja hari ni.... isi minyak kereta dulu..lepas tu carik hadiah untuk rakan sepejabat sebab esok dia last day kerja..berhenti..dapat tawaran kerja baikk punyaaa...lepas tu balik rumah masak....masak apa yee...

Selesai isi minyak aku meneruskan perjalan ke Jusco carik hadiah.... tengah dalam perjalann handphone ku berbunyi.... aku pun jawab (aku guna handfree yee..hihihihi)
kedengaran suara perempuan...rupa-rupanya jiranku...dia minta tolong aku menghantarnya ke hospital sebabnya baby tak sihat...
tanpa berfikir panjang aku pun cakap ok...kejap lagi aku sampai kata ku... apabila aku mematikan panggilan...aku lupa la pulak pasal hadiah...

Nasib baik la jiranku tu minta tolong hantar aje...balik kata nya nanti dia ambil teksi.. sebab dia takut nanti mengambil masa lama jumpa doctor.... betul jak sebab aku nak pi carik hadiah ni... lepas aku menghantar mereka ( dia orang berempat) aku terus pi carik hadiah.... selesai carik hadiah..balik rumah....

Jiranku tu balik dari hospital jam 0945pm....sejak jam 640pm tau...his-his-his lamanya..

0 ulasan: