CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Isnin, 7 Februari 2011

Kg.Luanti, Ranau....


Aku memang dah lama tahu akan tempat ni... tapi selalu lupa namanya..... aku dah beberapa kali tonton dalam tv..... dan memang dah pasang angan-angan nak pi tempat tersebut...heeeeeee....

Dan pada 6 Feb 2011, dapat juga aku menjejaki kaki di tempat tersebut... bukan setakat menjejaki kaki.... aku siap mandi lagi.... hahahahahaha....


Tempat di beri nama Kg.Luanti..... kawasan perkampungan yang tak berapa besar... terletak dipinggir jalan diantara Kota Kiabalu dan Sandakan/Lahad Datu.... bersebelahan dengan Sabah Teh...... ianya akan disebelah kanan kalau kita dari Kota Kinabalu dan akan disebelah kiri kalau kita dari Sandakan/Lahad Datu.... heeeeeee....

Yang penarik disini ialah ikan-ikan Kelah yang jinak.... kalau nak rendam kaki atau mandi ikan-ikan Kelah tersebut akan menghampiri dan mengigit kulit yang terdedah.... tak sakit cuma geli... hahahahahaha... memang seronok....


Kalau nak mandi kena bayar rm10 dan kalau saja nak rendam kaki saja kena bayar rm5..
tak berapa puas sebab masa yang diperuntukan hanya 15 minit..... masa suntuk sangat... so, masa yang ada tu kena la digunakan sebaik-baiknya dengan bermain dengan ikan-ikan Kelah tersebut..... kalau nak lama lagi??? tambah lagi bayarannya....hahahahaha...

Selesai mandi manda di Kg.Luanti, kami pun sambung la perjalanan balik ke Lahad Datu.
Alhamdulillah... kami sampai di rumah jam 910pm....

KENA DATANG KG.LUANTI LAGI NI....

0 ulasan: