CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Rabu, 2 Februari 2011

Pulau Mabul ~ Kepalai , Semporna....



31 Jan 2011.....Kami bertolak dari Lahad Datu ke Semporna dah petang, disebabkan beberapa masalah tak dapt dielakkan.....


Kami bermalam di pekan Semporna, dan bertolak awal pagi ke Pulau Mabul dan Kepalai....


Agent yang kami ambil pakej tu ada resort d Pulau Mabul... so, kami sarapan, makan tengah hari dan minum petang kat resort dia orang la... dalam pakej semua dah masuk... makan minum, tempat lepak serta barangan untuk snorkeling......


Pulau Mabul dan Kepalai memang tempat yang menarik dan sangat cantik.... ramai pelawat yang datang bukan setakat pelawat dari Malaysia... tapi pelawat dari luar Malaysia pun ramai...... tempat yang cantik, air laut yang jernih, hidupan laut yang pelbagai dan amat sesuai untuk dilawati.....

Kami datang hanya tujuh orang, sepatutnya ramai..... tapi yang lain tak dapat cuti... so, ber tujuh saja kami.....


Memang seronok.... kami makan minum, mandi manda, menyelam dan bersiar-siar dikawasan kampung.....



Tapi, aku tak berapa puas... sebab masa sangat singkat.... sebab kami ambil pakej sehari saja... huhuhuhu..... yang paling seronok kalau bermalam di pulau.....


NANTI AKU DATANG LAGI... HEEEEEEEEE.....

0 ulasan: