CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Ahad, 20 Jun 2010

Aku,Hanim dan Abbas selepas 18tahun.....

Atim,Abbas dan Hanim


Hari ini, tiba lah masa untuk aku berjumpa dengan Abbas dan Hanim..... plan ni telah dirancang sejak dua minggu lepas,ini kerana Abbas ada urusan kerja di putrajaya....oh ya, Abbas dari Labuan.......memandangkan dia nak datang KL, jadi dia meluangkan la masaanya sikit untuk berjumpa aku dan Hanim......ya la, kami asyik berjumpa di alam maya iaitu di Facebook... dah ada masa terluang ni kami pun plan la untuk berjumpa ........selama 18tahun aku tak pernah jumpa mereka.... iaitu, sejak tamat SPM 1992...... lama ooooo...... Kami plan jumpa di Kotaraya KL, ini kerana Abbas menggenap di hotel yang berhampiran..... so,mudah untuk Abbas berjumpa aku dan Hanim...... Masa mula-mula buat plan kami sepatutnya ber enam....tapi last minit yang lain tak dapat datang oleh sebab-sebab yang tertentu.....so, tinggal kami ber tiga......

Aku sampai di KL pada jam 1150am....kami janji berjumpa jam 12tengahari..... aku sampai di tempat dijanjikan pada jam 1205tengahari.... Abbas dan Hanim tak kelihatan lagi.... aku cuba hantar sms pada Hanim nak bagi tau yang aku dah sampai kat tempat dijanjikan..... sekali dia masih dalam bas la....... tak apa demi sahabat-sahabatku, aku rela menunggu... 18tahun tuuu aku tak jumpa mereka..... tiba-tiba handphoneku berbunyi.... tertera no yang aku tak kenali.... aku jawap...suara lelaki yang kedengaran.....rupa-rupanya si Abbas...... dia dah berada di kawasan yang berhampiran.....aku pun tunggu Abbas di hadapan Kotaraya....selang 5 minit Abbas sampai....... 18 tahun aku tak jumpa Abbas....banyak betul perubahannya.... kalau dulu masa sekolah dia nampak berisi dan rendah sikit dari aku..... tapi sekarang..... dia dah kurus dan lebih tinggi dari aku....... jauh sangat bezanya....

Kami lepak minum di Starbucks sambil tunggu si Hanim.....hampir separuh juga air kami minum baru Hanim sampai..... jumpa aje Hanim siap berpelukan lagi kami......aku dan Hanim aje yaaaa.... dengan Abbas jabatangan saja..... heeeeeeeeeeeee.....
Hamin tak benyak berubah.... cuma dia berisi sikit.... muka sama aje macam time
sekolah...... Kedua-dua sahabatku ni dah berkawin dan masing-masing mempunyai 2 orang chayamata........alaahai so sweettttttt.....

18 tahun lamanya kami tak jumpa, banyak cerita suka duka yang kami kongsi....... mengimbas zaman sekolah yang penuh kenangan manis dan pahit......siap gelak besar kita orang....... pahit manis selepas sekolah...... dan kehidupan selepas bergelar suami dan isteri.....aku??? masih single.... tak banyak cerita yang menarik...... heeeeeeeeeeeee.........kerana banyak sangat cerita yang hendak dikongsi sehingga 3 restoran tempat kami lepak.........

Borak punya borak tak sedar hari dah petang...... kami menamatkan perbualan kami dalam jam 415pm.... sebab Abbas ada hal lain...... aku dan Hanim masing-masing balik.....sebelum balik aku singgah dulu kat kedai buku, beli tiga buah novel untuk di baca....aku balik Klang dan Hanim balik Puchong.......


Yang sebenar-benarnya banyak lagi cerita yang ingin kami kongsi tapi masa tak mengizinkan........ tapi tak apa.... nanti akan bersambung pada hari raya nanti....Insyaallah......

Time kami berborak-borak tu...sempat la tangkap gambar buat tatapan sahabat-sahabat lain di Facebook.....

Aku macam tak percaya boleh jumpa Abbas dan Hanim hari ni...... sweet memory...
Hari raya nanti, aku dan sahabat yang lain dah plan akan berjumpa....Insyallah....

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH LAHAD DATU 1988-1992.......

0 ulasan: