CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Khamis, 17 Jun 2010

Sihat Dan Selesai La satu Urusan.......

Hari ini aku kerja halfday.......... ada dua sebab kenapa aku ambik cuti halfday.......
pertama nak pi hospital ambik ubat stok untuk dua bulan.....kedua nak renew roadtax dan insuran kereta.......


Sebelum aku keluar ofis tengah hari tadi....aku pun handover apa yang patut pada rakan....sebenarnya tak ada apa-apa pun nak di handover.......
cuma bagi penerangan ckit saja.....apa yang patut aje....almaklum la HR baru.....aku tak risau sangat sebab ada head dept yang follow up....

Perjalanan dari tempat kerja ku ke hospital mengambil masa 35minit..... sampai saja di kawasan hospital Klang terus carik parking....

Tanpa membuang masa aku terus pi farmasi...untuk ambik stok ubatku..... ambik dulu no giliran.....no 5211....no yang dipanggil 5190..... ada dalam 20 orang sebelum no ku..... so, tunggu laaaaa..... carik tempat duduk..... .

Tengah aku duduk-duduk menunggu no di panggil.....tiba-tiba seorang perempuan cina duduk di kerusi sebelahku.....berumur dalam lingkungan 25-30 tahun.....memakai sepek mata.... di tangannya ada sebotol air minum...... Bagus bawa bekal air datang ke hospital...kataku sendirian....sambil melayan TV3 (tengok gambar saja tanpa suara)

Tiba-tiba perempuan tersebut berkata sendirian sambil menghitung sesuatu dengan jarinya....... katanya : mata dah buta dan ada cancer...lepas tu aku akan mati.... dia berkata-kata dalam bahasa melayu tau..... mula-mula suaranya perlahan lepas tu semangkin kuat dan berulang kali dia berkata ayat yang sama...... aku punya la malu....malu yang teramat malu laaa..... orang semua memandang ke arah ku.... aku jadi serba salah.... ya la perempuan tu duduk sebelah ku...orang mesti ingat dia ada kaitan dengan ku.... lepas tu dia boleh menangis..... aduhhhhhhh..... aku dah takut tahap gaban .....aku nak cari tempat duduk lain..... tak sempat aku beredar...perempuan tu berdiri dan berlari keluar dari farmasi sambil menangis......aku mula tertanya.... dia datang sendiri ke hospital???

Selang 2-3 minit kedengaran suara perempuan tersebut yang masih menangis...dia masuk ke farmasi dengan seorang perempuan....emak dia kot???... kedengaran suara emak dia memujuk........ dan dia mula tenang...... orang sekeliling masih melihat ke arah nya.......


Cam tu ke, kalau kita tak dapat menerima kenyataan yang kita mengidap sesuatu penyakit????? atau terlalu lemah ke semangat perempuan tersebut???
sehinggakan dia tak dapat mengawal emosi dan berkata-kata sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekeliling?????

Nasib baik la aku kuat semangat dan boleh mengawal emosi..... dan yang paling penting aku sihat-sihat saja... ya aku memang sihattttt....


Tanpa menyedari masa berlalu tiba la no giliranku........ubat ku ambik dan terus ke kereta...... sebabnya aku kena pi ke Ambank nak renew roadtax dan insuran kereta........ kat bank tak payah beratur sebab tak ada orang.....pi aje ke kaunter bayar.....selesai bayar aku terus balik..... sebabnya roadtax esok baru boleh ambik...... nampaknya Roy la jadi mangsa untuk mengambil roadtax tersebut sebab dia kerja malam.... tengah hari esok minta tolong dia la ........heeeeeeeeeeeeee.......

Maka selesai la urusan ku untuk hari ini....... aku dah lapar...taupu la nasik dulu sebelum balik rumah......


MULA TERFIKIR AKAN KESIHAT DIRI DAN SEMANGAT ITU AMAT PENTING SERTA KAWAL EMOSI.....
ROADTAX KERETAKU EXPAIRED 23/6/10......sengaja renew awal.........
INSURAN KERETA GUNA KURNIA INSURAN..... heeeeeeeeeeee.....

0 ulasan: