CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Ahad, 2 Januari 2011

Beras Terbakar,Makam Mahsuri Dan Dataran Helang


Penat dari Pulau tak hilang lagi..... tapi kami dah plan aktiviti yang seterusnya..... transport bukan menjadi masalah.... sebab si proton iswara sentiasa berkhidmat..... maka panjang la langkah kami...... hahahahahaha.....
Selesai saja bersiap... kami pi makan tengah hari dulu.... laparrrrrr......
Masa makan tu lah kami plan nak pi mana dulu.... dalam senarai ada 3... iaitu Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Dataran Helang........... bincang punya bincang.... berpandukan map yang ada... kami sepakat ke Beras Terbakar dulu...pas tu pi Makam Mahsuri dan yang last pi Dataran Helang... sebabnya Beras Terbakar dekat sikit dengan tempat kami menginap..... dan Makam Mahsuri dan Dataran Helang jauh sikit ..... kalau tengok map la.... hahahahhaha.....



Beras Terbakar, firstime aku sampai ke sini..... aku ingatkan besar la kawasannya... rupa-rupanya kecil aje.... seluas 3 parking kereta..... beras terbakar dah tak kelihatan... yang ada, hanya duit-duit syling yang orang-orang campak kedalam kawasan beras terbakar yang telah dipagar...... di kawasan berhampiran terletak sebuah rumah, dari keturunan orang besar yang menjadi ketua di kawasan tersebut pada zaman kegemilangannya.... keturunan yang keberapa??? aku tak pasti.....mungkin keturunan yang ke7 kot.... reka bentuk rumah lama, tapi perhiasan dalaman dah moden.... sebabnya rumah tersebut masih didiami oleh keturunan orang besar tersebut.... fakta yang menarik... sempat la juga kami bergambar ditangga rumah tersebut......... selesai di Beras terbakar kami pi Makan Mahsuri......


Makam Mahsuri.... second time aku datang tempat ni..... tak ada perubahan... sama aje..... tangkap gambar apa yang patut...... selesai di Makam Mahsuri... kami window shopping di gerai-gerai yang berhampiran...... dahaga sangat-sangat..... kami pun layan la cendol dan laksa..... yummmyyyyy.....

Ketika kami sampai di Dataran Helang dah petang...jam 430pm.... ramai juga orang di Dataran Helang ketika itu... busy bergambar semua... hahahahaha.....
Kami tak lama di Dataran Helang.... lepas tu kami pi ke Pantai Cenang... saja buang-buang masa......

Pantai Cenang, memang luas dan panjang pantainya... ya la... masa malam sambut new year tu tak berapa nampak gelap gelita.... hahahahahaha.... memang cantik.... ramai betul orang.... macam-macam ada.... hahahahahaha...

Penat round-round... kami tapau makanan untuk makan malam di resort..... so, masa untuk rehat.... lepak dalam bilik sambil tengok tv....heeeeeeeeeeee.......

BARU KU RASAKAN KEPENATANNYA.....

0 ulasan: