CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Sabtu, 1 Januari 2011

Tasik Dayang Bunting, Eagle Bay Dan Pantai Beras Basah..


Kami bangun awal pagi.... sebabnya... nak pi pulau...... jam 9 pagi kami dijemput dihadapan resort dengan menaiki van menujuh ke jeti.... aktivitinya ialah pergi ke Pulau Tasik Dayang Bunting,Eagle Bay dan Pantai Beras Basah.........

Jam 903am.... van datang menjemput kami... seramai 5 orang termasuk kami bertiga menaiki van tersebut terus menuju ke jeti..... sebelum itu, kami telah diberikan satu tag bagi memudahkan mereka mengenal kami sebagai satu group.....915am... group kami tak complete lagi..... kami bertiga pun menyempat la bersarapan dulu..... makan nasi lemak dan air nescafe untuk 3 orang rm14..... mahal kan???? hmmmmmmmmmmm.....



930am.... kami bertolak ke Tasik Dayang Bunting... seramai 11 orang menaiki satu bot... kami tiga beradik.... 2 pasangan pengantin baru dan 2 pasangan couple........
seronok ooooo naik bot.... lajuuuuuuu..... angin kuat lagi........ sampai di satu kawasan...bot berhenti dan pakcik bot tunjuk kat kami bukit bukau yang menyerupai perempuan mengandung yang sedang tidur........ memang betul... nampak serupa....

Tasik Dayang Bunting, kami diturunkan di situ selama 1 jam.....ramai orang tengah mandi......aku pun join lah sekali mandi manda selama sejam.... adik-adikku tak mandi.. takut sebab air dia gelap....hahahahaha.......

Distinasi kedua, Eagle Bay.... kat sini orang ramai bagi makan burung helang.... campak saja kulit ayam ke laut....pasti datang lah burung helang menyambar... seronokkkk.... tapi kami tak bawa kulit ayam pun....kami tengok orang aje yang bagi makan....hahahahahahaha..... kat sini, masa diperuntukkan hanya 20 minit.......

Distinasi ketiga, Pantai Beras Basah, tak tahu la kenapa dia orang panggil Pantai Beras Basah.... tak nampak pun beras basah..... heeeeeeeeeeeeee.......
yang menarik kat sini ialah pantainya... putih bersih.....cantik.... ramai orang mandi manda di sini.... aku dan adikku pun join sekali........ yang tengah picnic pun ada.......kat sini masa diperuntukan selama 1 jam..... tapi aku tak lah mandi selama sejam.... sebabnya matahari dah tinggi dan amat panas..... untuk menghabiskan masa selama sejam kami hanya lepak-lepak saja sambil tengok gelagat orang ramai.....



Tamat masa sejam... kami pun terus balik ke tanah besar.... baju saya yang basah kuyup dah kering bila kami samapi di resort...hahahahaha.....

Penat sangat-sangat.... kami rehat dulu sebelum makan tengah hari......

AKTIVITI PETANG... BERAS TERBAKAR,MAKAN MAHSURI DAN DATARAN HELANG....

0 ulasan: