CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Sabtu, 22 Mei 2010

AF Lapan....



AF8...telah selesai dan telah melabuhkan terainya serta Pengetua Norman Abdul Halim telah mengumumkan penutupannya...

Pada mulanya aku tak mengikuti sangat AF8...hanya pada minggu ke tiga baru aku follow setiap sabtu...sebab aku dah nampak kesungguhan dan daya saing diantara pelajar-pelajar...

Pada minggu ke enam Shahir tersinggkir, aku ada terkilan sikit sebab dia diantara pelajar yang menunjukkan peningkatan...biasa la undian....ramai yang tidak melihat itu....tapi nasib menyebelahi Shahir apa bila pada minggu ke tujuh dia di afundi masuk...nampaknya ramai juga yang sependapat dengan ku.... dan apa yang aku lihat pada bakal-bakal juara...semuanya ada peluang untuk bergelar juara....

Malam tadi berlangsungnya final AF8....aku hanya menyaksikan di depan tv rumah ku...
Selama pertandingan berlangsung semua pelajar-pelajar menunjukkan kebolehan masing-masing....dengan pemilihan lagu yang baik dan lagu-lagu single yang amat sesuai dengan setiap pelajar, nampak pelajar-pelajar berjaya pada malam tersebut...

Ucapan tahniah dan syabas keatas KRU kerana berjaya menghasilkan lagu-lagu yang bermutu untuk didendangkan pada malam final...

Pada malam tersebut biasa lah aku mesti membuat pilihan tersendiri.......
Pilihan ku berlandaskan persembahan mereka ialah...

Juara...diantara Shahir atau Adira.... tak kisah siapa juara sebab kedua-duanya menunjukkan yang terbaik....

No 3 aku pilih Maulana....

No 4 aku pilih Daus dan

No 5 aku pilih Iwan......

Tapi ramalan ku tak kena la....
yang tak kena no 3 dan 4 diantara Daus dan Maulana......
nak buat macamana keputusan berdasarkan undian dan bukannya dari persembahan malam tadi....

Shahir memang patut juara dan Adira walaupun dia no dua...tak apa yang penting terbaik jak...persembahan yang menghiburkan....

Maulana mempunyai bakat yang tersendiri...betul kata Aznil tak ada lagi pelajar-pelajar yang mempunyai bakat macam Maulana...Jazzz...gitu.... dan persembahan Maulana malam tadi memang tidak mengecewakan....dan aku suka sangat...

Daus dan Iwan biasa-biasa saja...bukan tak menghiburkan....tetap menghiburkan...

Tahniah untuk semua....
Tahniah untuk Shahir kerana tidak mengecewakan para pengundinya yang telah mengafundi masuk shahir...dan dia telah membalas jasa baik para pengundinya....

Keputusan adalah muktamad......

Juara - Shahair

No 2 - Adira

No 3 - Daus

No 4 - Maulana

No 5 - Iwan

Maka tak sia-sia la aku menonton AF8 malam tadi.....

0 ulasan: