CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Isnin, 3 Mei 2010

Kereta Dan Saman....

Hari ini pada sebelah pagi aku kena pi Hospital Klang, ada urusan kejap..aku telah memohon cuti pada belah pagi dan
akan masuk opis belah petang....

Seperti biasa masuk aje kereta mestilah stat kereta kan.....sekali stat tak boleh stat...aku cuba lagi...tak boleh jak..
aku rasa dalam 5 kali jak aku cuba tapi hampa.... aku mula gelabah... camana ni?? aku sepatutnya dah on the way ke hospital
aduhhh.... buntu kejap...aku relax kejap dan mula plan.....tiba-tiba aku mendapat idea...aku call seorang kawan, minta tolong dia hantarkan aku pi hospital...settle satu masalah....lepas ni kena fikir camana nak settle kereta yang buat hal dan camana nak pi kerja.....

Selesai urusan kat Hospital Klang aku pun terus balik rumah,jam menunjukkan 1105am.... sampai aje kat rumah..... alamakkk..
kereta ku kena saman oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK)....sebabnya aku tak bayar parking... kenapa la aku tak terfikir tadi...kan dah kena saman... malang sungguh nasib aku hari ni.... kalau aku bayar parking tadi baru rm1.50...ni buta-buta kena bayar rm30-50....aduhhhh duit lagi....masalah kereta tak settle lagi...ni dah kena saman pulakkkk....

Minta tolong orang-orang yang pakar dalam kereta,masalah utama ialah bateri,wayar-wayar lain yang telah digigit oleh cik.CT(Tikus la) tu boleh di tukar baru...tapi tak boleh settle pada hari ni..esok katanya....

Haaa..esokkkk...camana ni??? aku kena masuk opis tengahhari ni sebelum 1330pm...aku lihat jam 1130am....memang sah aku tak boleh masuk opis hari ni.... rasa nak nangis dan menjerit sekuat hati....kenapa la kau tak buat hal sabtu dan ahad lepas...hari isnin baru kau buat hallll...apa la nasib aku hari niiii...

Aku call handphone ketua jabatan ku...tapi tak berjawap...aku cuba call opis..tapi ketua jabatan tak ada pada masa itu...
aku meninggalkan pesanan pada rakan sepejabat,yang aku tak boleh masuk opis hari ni dan memohon cuti satu hari terusss...

Settle masalah kereta dan hal kerja, aku pun relax duduk kat rumah....memikirkan masalah yang aku hadapi hari ini...
Sebenarnya aku tak pernah pun terfikir akan mengalami masalah macam ni....

Kereta buat hal + kena saman + tak dapat masuk opis seperti yang aku janjikan...

Kita manusia biasa tidak lepas dari semua masalah seperti ini...apa yang perlu kita buat beringat dan berwaspada..

0 ulasan: