CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Rabu, 12 Mei 2010

Anda Bertuah dan Anda Terpilih...

Aku selalu sangat menerima panggilan telefon dari agen-agen insuran..... biasa la nak jual insuran...

Mereka akan menelefon dan... semestinya nama penuhku, pasti mereka dah tahu...

Sebelum memperkenalka diri...mereka ni mesti berkata macam ni....

1) Tahniah cik/Puan anda bertuah kerana terpilih untuk mendapatkan perkhidmatan kami
Ataupun..macam ni...
2) Tahniah cik/puan kerana anda diantara pelanggan kami yang bertuah untuk mendapat perkhidmatan kami...

Kalau aku bertuah kerana terpilih untuk mendapat hadiah atau duit tak apa jak... ini aku kena beli insuran mereka...
bila kita tak dengar keterangan meraka,meraka memaksa....konon-kononnya 3-4 minit saja.....padahal panjang lebar... sehinggakan aku langsung tak boleh pintas la....memang laju la dia orang ni nak explan......

Bertuah apanya kalau duit keluar bukannya duit masuk...
Yang aku pelik,aku ni asyik bertuah aje pasal benda cam ni....
Dalam seminggu aku masti terima 3-5 panggilan telefon yang tujuan yang sama iaitu jual insuran...musykil aku...

Tapi sekarang aku dah tahu camana nak mengelak....
Terima saja panggilan yang aku tak kenal,aku tanya dulu panggilan dari mana..
kalau panggilan dari pada orang-orang itu, senang aje aku jawab...

1) Tak apa terima kasih aje la..saya tengah sibuk..tak ada masa nak dengar...
2) Dah banyak insuran la kena bayar.. awak cari aje orang lain...
3) Tak minat...sori....

Macam mana ye..nak mengelak dari panggilan yang cam ni????
Pening nak fikir...nak repot pada yang berwajib la...

0 ulasan: