CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

DIUCAPKAN..

Ini Lah

Selasa, 18 Mei 2010

Facebook..Bekas Rakan-rakan Sekolah Dan Kawan-kawan..


Aku meninggalkan alam persekolahan menengah pada tahun 1992 (lepas SPM)....... pada masa itu aku juga terpisah dengan sebilangan besar rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan yang sama tahun dengan aku..... meninggalkan alam persekolahan yang beruniform,meninggalkan suasana sekolah dan kehidupan seorang pelajar.....

Aktiviti terakhir yang kami lakukan ialah berkelah di pantai Sahabat 16, Lahad Datu...aku lupa tarikhnya tapi yang pasti hujung tahun 1992....pada ketika itu kami saling bercerita apa yang kami lakukan sepanjang menunggu keputusan SPM... sambil,biasa la berkelah makan minum ....

Selepas aktiviti perkelahan itu, aku terus putus hubungan dengan ramai rakan sekolah... yang still berhubung dengan aku hanya beberapa saja iaitu...... Tietin,Farha,Zai,yang lain kejap ada kejap tak ada...

Pada tahun 1999,aku merantau ke Selangor....rakan-rakan sekolah semakin jauh dan semakin hilang....yang still standing Tietin..itu pun kami berhubung selalui sms saja... sesekali aku balik kampung di Lahad Datu, aktiviti ku hanya dengan keluarga saja.... bekas rakan-rakan sekolah???? hilang terussss...Tietin busy dengan keluarganya(sebab Titein pun merantau ke Kota Kinabalu) so dia pun mesti nak abiskan masa dengan keluarganya...aku malas nak kacau....

Setiap kali aku balik kampung beraya...ada dua bekas rakan sekolah yang mesti lah aku jumpa...yang pertama Azmi...dia ni sebab kalau raya masti balik rumah mak mentua dia yang sama kampung dengan aku...kami bertegur sapa saja..bersembang? jarang-jarang.. tak tau la kenapa???

Bekas rakan sekolah yang ke dua ialah Siti Saidah... ada dua persamaan aku dan dia...

Pertama - dia pun tak kawin lagi sama la dengan aku...(nasib baik ada geng..hihihi..)
Kedua - Setiap tahun di pagi raya pertama kami mesti terjumpa...sejak 4tahun kebelakangan ini la....tempat kami berjumpa tu agak unik....kawasan perkuburan Desa Bajau.... ini kerana pada hari tersebut kami saling menziarah kubur,aku ziarah kubur arwah bapaku dan dia ziarah kubur arwah bapanya.... menarikkan??? Semoga roh arwah bapa ku dan roh arwah bapa rakanku Siti Saidah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman...Alfatihah...amin....

Sekarang Tahun 2010...bererti sudah 18 tahun aku meninggalkan alam persekolahan...18 tahun agak lama jua yaa.... dan dah 10 tahun aku merantau di Selangor... aku still berhubung dengan Tietin,sms dan chating la...dengan Zai sekali sekala...yang lain??? terus hilang.....dalam memori ku hanya wajah-wajah mereka di zaman persekolahan..wajah-wajah yang terbaru???? entah tak tau....


Facebook...dah lama dengar..tapi buat tak layan dan tak mengikutinya sesungguh-sungguh...sebab aku dah ada Frendster...itu pun tak terupdate....malassss...

Aku tak sedar bila masa aku daftar dengan facebook...ianya berlaku dengan secara tak sengaja.... mula-mula daftar tu hanya ada beberapa rakan saja.... macam boring....tapi dalam beberapa orang tu ada dua rakan bekas sekolah yang terselit...iaitu Tietin dan Azrinie (rakanku yang ini terpisah sejak tingkatan3)..
semankin lama semakin seronok pulak berFacebook ni....aku mula berhubung denagn kawan-kawan lama (kawan-kawan yang aku jumpa selepas alam persekolahanku) dan baru.....

Dan sejak akhir-akhir ni....aku dah mula berhubung denagn bekas rakan-rakan sekolah ku...wajah-wajah bekas rakan-rakan sekolahku dah ada tergantung di dinding Facebook
hahahah...wajah-wajah terbaru mereka amatlah berbeza dengan zaman sekolah..yang kelakarnya wajah terbaru aku pun dia orang dah tak cam...hahaha.......besar betul perubahan yang berlaku pada diriku....hahahaha.......

Kalau sebelum ni masa malam ku habis dengan membaca atau menonton tv tapi sekarang tak lagi...masa ku habis bersembang di dinding facebook dengan dia orang..pantang ada topik..bersembang panjang la kami....
Kami sebenarnya jauh tapi dekat di Facebook...hahahaha...

Aku dengan bangganya dan berbesar hati serta dengan seronok dan juga gembiranya mengucapkan selamat berjumpa kembali walaupun hanya di Facebook kepada bekas rakan-rakan sekolah ku iaitu : TIETIN,AZRINIE,TAHIR,RIZALSHAH,HANIM,RINI,NORHAYATI,HARYANI,ABBAS,TANG,LINA,TOMON,
SETIAWATY,NORSYAM,FARHA,IREBEH dan YAHRAH.....yang ini rakan sejak sekolah rendah iaitu ABD RAHMAN terjumpa kembali di Facebook.....dan jak pada kawan-kawan lain KAMALULARIFIN,FARIZ,HASLINA,WAWAK dan semua rakan di Facebook..... yang istimewanya pada CIKGU KASSIM dan CIKGU AMINAH...wellcome...

Masih ada misi lagi yang harus di teruskan....misi mencari bekas rakan-rakan sekolah,kawan-kawan yang lain yang dah lama terpisah..dan kawan-kawan baru...

Memang betulla facebook boleh menghubungkan kita dengan semua orang....

Malam-malamku di penuhi oleh sembang-sembang dengan rakan-rakan....
pelbagai cerita dan pengalaman serta kenangan di zaman sekolah...

Untuk semua rakan-rakan ku rindu anda semua... semoga kita di rahmati oleh yang Maha Esa......amin...

0 ulasan: